BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayar Tol Satu Jihad ???

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
myMetro » Variasi » Ad-Din
BAYAR TOL SATU JIHAD
Oleh Idris Musa
[email protected]




SEKUMPULAN pelajar jurusan perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi menyuarakan keengganan mereka tidak mahu mengikuti kursus berkenaan kerana mendapati corak pengajiannya moden dan beranggapan tidak Islamik.

Bagi mereka, apabila disertakan jampi mantera yang hanya menggunakan kaedah bacaan ayat al-Quran barulah bercorak Islam dan boleh dipelajari, manakala cara moden yang lebih kebaratan dianggap jauh menyimpang.


Sekiranya benar anggapan itu, apa perlunya ilmuan Islam silam bersungguh-sungguh menghabiskan sisa hidup mereka melakukan penerokaan dalam pelbagai lapangan, termasuk sains, teknologi dan dunia perubatan, malah sehingga kini turut menjadi rujukan Barat?

Bagi golongan ini, mereka melihat Islam pada satu sudut iaitu ritual semata-mata, manakala sebarang urusan bersabit kelangsungan kehidupan di dunia tidak perlu diberikan penumpuan kerana tidak memperoleh pahala, termasuk bentuk pembangunan.

Sementara satu golongan pula berpendapat dunialah diutamakan, malah perlu bertungkus lumus siang dan malam sehingga mereka berasakan semakin dicari habuan dunia semakin haloba jadinya dan akhirnya terjebak dalam bermacam-macam salah laku, seperti rasuah.

Bermacam-macam mentaliti ada, malah dalam kepelbagaian ini dan berdepan pula dengan arus pembangunan semakin rancak membuatkan seseorang itu teraba-raba, yang mana bersifat Islam dan tidak Islamik?

Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Khairi Hussin, berkata Islam bukan hanya menekankan ritual dan ibadat semata-mata.

Malah, katanya, Islam sebagai ad-din sebenarnya ubat mujarab dalam membaiki struktur masyarakat dan kehidupan manusia itu sendiri.

“Islam bukan setakat ceramah dan perlu dihafal, tetapi ia hidup dalam semua aspek kehidupan manusia,” katanya pada satu siri ceramah di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, baru-baru ini.

Bercakap atas tajuk “Islam Hadhari: Konsep dan Falsafah”, beliau juga menegaskan Islam Hadhari yang diperkenalkan adalah keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan material, rohani dan sumber manusia.

“Islam Hadhari ialah Islam yang bertamadun, menganjurkan ketamadunan, membabitkan material dan kehidupan seluruh alam ini. Waktu dunia kata Islam teruk, kita bangun dan memperjuangkan Islam,” katanya.

Konsep Islam Hadhari bertepatan dalam memastikan Islam tidak tenggelam dek kemodenan sesebuah tamadun, malah menunjukkan agama seiring dengan kehidupan dan sesuai sepanjang zaman.

Buktinya, ketika sistem riba yang diperkenalkan zionis bermaharajalela dan menguntungkan, Malaysia mengorak langkah memperkenalkan sistem perbankan Islam yang turut membawa keuntungan.

Cuma yang berasaskan riba haram dan tiada riba halal. Hari ini perbankan Islam semakin berkembang, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia semakin diterima pelbagai pihak kerana jelas mempunyai kebaikannya.

“Malaysia menjaga dalam hal agama,” kata Mohd Khairi sambil memetik ayat al-Quran yang bermaksud: “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali mereka yang berpegang pada tali Allah (agama) dan tali (perjanjian) dengan manusia.” (Ali Imran:112)

Dalam konsep pahala, beliau menegaskan, Islam tidak membataskan beberapa perkara yang mendatangkan pahala, malah setiap perkara baik diberikan ganjaran oleh Allah.

“Buat apa saja seperti dalam urusan jual beli yang dihalalkan Allah dapat pahala. Pertanian juga, misalnya dapat pahala, tetapi yang tidak rasa pertanian itu ada pahala, lalu tidak dibuatnya dan sebab itu banyak tanah terbiar.

“Demikian juga, membayar tol itu satu jihad, membina lebuh raya juga ikut sunnah, sebab ada hadis Rasul mengatakan buang duri dari atas jalan dapat pahala.

“Menteri saja bukan Islam dan Nabi semasa membina kubu dulu pun guna juga tenaga orang Parsi,” katanya.

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa.” (an-Nur:55)

Mengulas ayat itu, katanya, pengertian orang beramal soleh itu sangat luas, selagi urusan yang diusahakan itu membawa kebaikan, termasuk jururawat dan doktor yang bertugas di hospital, malah jurutera serta arkitek yang membina hospital terbabit.

“Rupanya kerja yang kita buat di dunia ialah kerja amal soleh, kecuali kerja buruk seperti mencuri, merompak dan seumpamanya.

“Cuma syarat pertama amal soleh ialah beriman. Menjadi tanggungjawab orang beriman dan beramal soleh menguruskan alam ini.

“Islam bukan di masjid saja, di mana-mana pun Islam. Di atas jalan raya Islam, di pejabat juga Islam, barulah semua jadi baik, tiada salah laku,” katanya.

Katanya, Islam Hadhari yang diperkenalkan kerajaan mempunyai tujuan murni, iaitu untuk memajukan umat Islam, sekali gus muncul sebagai umat terbilang di dunia dan secara tidak langsung melonjakkan Islam itu sendiri.
 
hadhari bukan nak memajukan umat islam ,tapi membuncitkan perut2 pemimpin amenong :))
 
apa2 benda baik yang kita lakukan kat dunia ni semua ada ganjarannya.. tinggal kecik ngan beso je.. kan dlm Al-Quran Allah dah berfirman.. sekecil zarah pun amal kita di kira.. zarah tu x trlampau kecil.. x dpt lihat ngan mata kasar.
 
Islam tidak membataskan beberapa perkara yang mendatangkan pahala, malah setiap perkara baik diberikan ganjaran oleh Allah.
 
myMetro » Variasi » Ad-Din
BAYAR TOL SATU JIHAD
Oleh Idris Musa
[email protected]

“Demikian juga, membayar tol itu satu jihad, membina lebuh raya juga ikut sunnah, sebab ada hadis Rasul mengatakan buang duri dari atas jalan dapat pahala.

hehehe. aku nak komen skit bab ni je. jihad ye??? jihad kepala hotak dia berjambul. buat lebuh raya la satu jihad. satu tuntutan. bukannya bina tol. bina tol apa lak jihad. itu kan nak mencekik duit titik peluh orang.

amik contoh thailand yg mejoriti kapiaq tu. tengok highway dia. brapa lane ada utk dua hala??? sikit punya panjang highway dia. ada tol kaa???

hadhariah ohh hadhariah. lu bikin susah ada lah........~X(
 
ajaran sesat kot ni ..... jihad untuk kekayaan barisan nasional:eek:
 
Jihad hape nyerr. Dari kampong medan ke bangsar ader 2 tol. singgit 60seb 1 tol. Seb baik ader jalan lain elak tol.
 
nak pegi solat jumaat pun bayar tol...
 
pak lah..ooo pak lah..bangun la pak lah oi..#-o
 
gile betul timb rektor tu..
dah nak mampus agaknya..
buat lebuhraya tu ok laa.. niat dia mungkin nak menyenangkan orang, n buat tol tu mula2 ok la, nak pungut modal balik,
tp tol tak habis smpai skrg, itu yg sakit ati tu..
takkan la x pulang modal lg???
 
Back
Top
Log in Register