BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayar RM3,000, kereta lesap

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
KLEBANG - Akibat terlalu ingin mempunyai kereta sendiri, seorang peniaga termakan pujuk rayu seorang lelaki yang cuba menjual sebuah kereta Proton Satria dengan harga RM3,000.

Memikirkan tawaran berkenaan adalah terlalu baik untuk ditolak, warga Indonesia, Erni, 42, akhirnya mendapati dirinya ditipu lelaki terbabit beberapa hari selepas menjelaskan bayaran.

Walaupun hanya mengenali lelaki itu kira-kira enam hari, gaya percakapannya yang penuh sopan-santun serta kesanggupan meninggalkan kereta bersama kunci menyebabkan mangsa termakan umpannya.

Menceritakan kejadian berkenaan, Erni berkata, lelaki berkenaan bersama seorang rakan sering bertandang ke kedainya di kawasan Klebang dan pada masa sama memujuknya untuk membeli kereta berkenaan.

Menurutnya, kesanggupan mereka membawanya ke pejabat Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk proses menukar nama pemilik kenderaan turut meyakinkan beliau.

“Walaupun ramai kenalan menasihatkan saya supaya tidak menjelaskan bayaran sebelum proses selesai, saya tetap berkeras mahu membayar kerana memang saya ada memasang impian untuk berkereta sendiri.

“Ini ditambah pujukan lelaki itu yang meyakinkan bahawa mereka benar-benar serius ingin menjual kereta itu,” katanya.

:Menurut Erni, semasa beliau menjelaskan bayaran RM3,000 pada 13 Januari lalu, lelaki berkenaan terus menyerahkan kereta dan kunci sambil berjanji membawanya ke pejabat JPJ keesokan hari untuk menyelesaikan proses pemindahan hak milik.

Bagaimanapun, menurutnya, lelaki itu tidak muncul sebagaimana dijanjikan.

“Bukan sahaja tidak muncul, malah kereta yang saya letak berhampiran kediaman di Rumah Pangsa Lereh juga hilang dua hari kemudian dipercayai telah diambil semula.

“Usaha saya mencari beliau, termasuk menerusi nombor telefon yang diberi langsung tidak membuahkan hasil,” katanya.

Sehubungan itu, kata Erni, atas nasihat kenalannya, beliau terus membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga sebelum dinasihatkan membuat laporan susulan di Bahagian Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Polis Negeri Melaka di Bukit Beruang.

“Saya memang terkilan kerana bukan sahaja niat untuk berkereta hancur, malah duit simpanan semenjak Hari Raya Haji tempoh hari lesap begitu sahaja,” katanya.
 
Hmmm....scammer di mana-mana ade...:(scam:(scam
 
gigih orang indonesia nih..dari raya haji sampai sekarang ada simpanan rm3,000.

kita bagaimana?
 
Adehhh.. Ada saja yg jd mangsa scammer ni. Kenapa laaa ramai benor scammer skrang ni. Mcm takde keje aje suka scam org dan aniaya org
 
duit punya pasal , kawan yg kita kenal dari kecik pon boleh tipu
 
Tapi kesian, tidak sabar. Cuba bersabar...pasti tak kena SCAM.
 
haduyai...

apa sal byk sgt scammer nieh...

apa silapnyer...
 
Back
Top
Log in Register