Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen/reseller dalam perniagaan My4reload ini,anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini,
simpan teks ini untuk rujukan.
*_Untuk aplikasi My4reload adakah boleh di install melalui app store?_*
Tidak,app store masih dalam proses,buat masa ini hanya di google play sahaja,tetapi bagi pengguna iphone boleh menggunakan server My4reload melalui web
http://my4reload.ddns.net
*_Had nilai untuk pembayaran bil sehingga rm99 sahaja kah?_*
Ya,jika anda ingin membuat pembayaran rm100 ke atas,anda boleh gunakan high bil.
*_Jika saya ingin membuat pembayaran kurang daripada nilai yang telah ditetapkan bagaimana?_*
Anda boleh hubungi talian hotline My4reload 0199105222 minta admin ubah kepada nilai yang anda inginkan.
*_Kalau nak guna 1 server My4reload(1 no.) dlm dua hanphone boleh ke?_*
Ya,boleh.
*_Jika saya ingin membuat pembayaran bil utiliti kepada pelanggan saya,diruangan "No telepon pelanggan" adakah saya perlu masukan no pelanggan itu atau no saya?_*
Masukan no anda sahaja tidak mengapa,tetapi sekiranya bil air anda harus masukan "No. Bil" rujuk pada slip bil air anda.
*_Andaikata bil TNB saya no akaunnya masih 14 digit(yang lama)apa perlu saya lakukan?_*
Anda boleh hubungi talian hotline My4reload minta bantuan daripada admin,ataupun anda boleh tukar sendiri di
www.mytnb.com.my
*_Jika di sabah,bil TNB no akaunnya cuma 8 digit sahaja,macam mana?_*
Tambahkan dengan no atau kod stesen di depan.
*_Berapa lamakah masa yang diambil untuk success transaksi topup dan bil?_*
kebiasaannya,server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60saat,manakala bil postpaid 1-4 jam,bil air 1-7 hari dan bil TNB dll 1-48 jam.
*_Adakah server beroperasi 24 jam?_*
Ya,anda boleh lakukan topup atau pembayaran bil bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja.
*_Kalau dah bayar astro dan dah success,saya nak check dengan astro bagaimana ya?_*
Anda boleh semak melalui SMS taip ASTRO<>BAL<>AC<>NO AC hantar ke 66688
*_Macam mana nak check status bil-bil yang kita dah buat transaction samada dah sucsess ke belum?_*
Anda klik My Account dan kemudian klik Check Tx.
*_Apakah makna status report seperti pending?completed?success?refunded?failed?_*
Pending - tunggu untuk proses
Completed - dah proses, tunggu untuk berjaya
Success - dah proses dan berjaya
Refunded - tidak berjaya dan duit dikembalikan
Failed - gagal
*_Apa yang menyebabkan status refunded?_*
Gangguan line,sistem terkeliru.
*_Apa yang menyebabkan status failed?_*
-Kod produk salah
-Modal anda telah habis
-Prepaid hanset anda habis(jika SMS)
-Kesalahan menaip format sms
-Kesalahan dalam mengirim ke no server
*_Bayar bil utiliti,kemudian status Invalid kenapa ya?_*
Status invalid hanya belaku di web server,sekiranya belaku seperti itu,gunakan server aplikasi.
*_Server aplikasi tidak dapat check report status,keluar "unfortunately,my4reload has stoped" kenapa ya dan apa harus lakukan?_*
Mungkin masalah teknikal atau sistem mengesan ada penceroboh ke atas server anda,sekiranya ini berlaku kepada anda,segera maklumkan kepada admin di talian hotline dan admin akan tukar server baru untuk anda.
*_Untuk bayar bil-bil,nilai sen dibelakang tidak boleh letak ke?_*
Ya,tidak boleh,anda hendak lah bayar nilai genap.
*_Jika sudah bayarkan bil pelanggan,apakah bukti dan jaminan untuk kita beri kepada pelanggan?_*
Disarankan supaya anda gunakan cop DRS GLOBAL kemudian cop pada slip bil pelanggan.
*_Pelanggan tidak menerima topup,tapi modal sudah dipotong,kenapa kah?_*
Sila pastikan pelanggan anda jujur,selain itu ada juga yang mungkin berlaku "simkad hang",disarankan supaya hp pelanggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim..Berkemungkinan juga pelanggan memberi no yang salah atau anda sendiri tersilap menaip no,sila pastikan dengan betul no yang hendak di topup,anda digalakan mencatit setiap urusan jual topup yang anda lakukan.
*_Jika saya tersalah masukan no ketika topup,dapatkah ia ditarik balik?_*
Tidak,jika berstatus success,ia tidak dapat ditarik balik,pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami,pastikan no yang anda ingin topup adalah tepat sebelum melakukan transaksi.
*_Topup lambat diterima oleh pelanggan?_*
Perkara ini mungkin juga terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu,kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server telco terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.
*_Adakah topup antarabangsa boleh digunakan untuk membuat transaksi dan adakah dapat keuntungan 5%?_*
Ya,topup antarabangsa boleh digunakan tetapi tiada keuntungan.