BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bawa bertenang Rexy

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,504
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,504
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menasihatkan Rexy Mainaky supaya lebih banyak bertenang dan tidak terburu-buru menuding jari mengenai punca kegagalan anak didiknya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Dunia di England, baru-baru ini.

Beliau juga hairan bagaimana jurulatih beregu negara itu boleh mengatakan punca kegagalan beregu utama itu ada kaitannya dengan program latihan ketangkasan yang diambil alih ISN selepas mereka memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 dan Kejohanan Seluruh England 2007.

"Saya minta Rexy bertenang. Saya memahami perasaan Rexy ketika ini (ekoran kekalahan beregu itu dalam suku akhir di Wembley dan kemungkinan tindakan susulan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 8 September ini).

"Namun, dia tidak boleh tuding jari kepada ISN.

"Mana bukti kukuh (seperti didakwanya bahawa) latihan ketangkasan kami jadi punca kekalahan Koo-Tan?," kata Ramlan kepada Utusan Malaysia mengulas kenyataan jurulatih dari Indonesia itu dalam akhbar ini, semalam.

Rexy mempersoalkan mengapa dia sahaja dipersalahkan atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong terutama tentang pengenalan corak bertahan yang berbeza ketika mereka muncul naib juara 2010 selain menuntut dibenarkan menjalankan semula beberapa program latihan yang kini diambil alih oleh ISN.

Kata Ramlan, ISN turut sentiasa senada dan sama matlamat dengan BAM mahupun Rexy dalam melahirkan atlet yang prospek pingat emas Sukan Olimpik London 2012, sekali gus tidak mewajarkan jurulatih itu menujukan sesuatu alasan kegagalan di Wembley kepada pihak lain pula.

"Tugas kami di ISN juga sentiasa demi kepentingan negara dan saya suka menasihatkan BAM supaya jangan sesekali mudah melupakan jasa Rexy yang banyak membimbing Koo-Tan menang dalam beberapa kejohanan lain (dalam membuat keputusan pada mesyuarat CTC)," katanya.

Sebagai menjaga hubungan dan demi matlamat emas Olimpik 2012, Ramlan turut menggesa tiada lagi kenyataan yang mengguris hati sesiapa dikeluarkan selepas ini, sebaliknya menganggap sebarang masalah lebih baik dibawa ke meja perbincangan.
 
Back
Top
Log in Register