BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bau hangit mayat rentung

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Bau hangit daripada mayat rentung akibat kebakaran antara cabaran yang terpaksa dilalui Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim ketika bertugas dalam Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, tiga tahun lalu.

Mohd Izham berkata, ketika itu beliau perlu mengendalikan penyiasatan kes kebakaran di sebuah rumah di Flat Seri Setia, Jalan Langgar, Alor Setar membabitkan kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.


Menurutnya, ketika itu, beliau baru pertama kali menyiasat kes penemuan mayat rentung hingga terpaksa menghabiskan waktu berjam-jam di tempat kejadian dan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk menyelesaikan siasatan.

“Ketika itu mayat lelaki terbabit rentung seluruh badan, tetapi darah masih mengalir pada hidung.


Namun, saya cuba tabahkan hati untuk memeriksa mayat berkenaan.

“Saya pernah hilang selera makan setiap kali menyiasat kebakaran membabitkan mangsa rentung kerana tidak tahan busuk mayat.

“Itulah antara pengalaman paling sukar dilupakan sehingga hari ini ketika saya baru menyertai Unit Forensik pada 2010 lalu,” katanya.

Mohd Izham yang kini bertugas sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, berkata, beliau banyak mempelajari cara mengendalikan siasatan forensik daripada pegawainya ketika itu, Liew Thong Seng mengenai kaedah penyiasatan, cara menyusun semula siasatan serta punca kejadian berlaku.

Menurutnya, pada mulanya beliau menganggap tugas itu sangat susah, tetapi berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada pegawai atasan berpengalaman menyebabkannya mempunyai minat amat mendalam untuk melakukan tugasan sehingga selesai.

Mohd Izham yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor berkata, beliau sebati dengan kerjaya sebagai pegawai bomba, namun masih menimba ilmu daripada pegawai dan anggota senior yang berpengalaman.


pix_gal1

Foto
MOHD Izham (kiri) bersama anggotanya di bilik komunikasi.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bauhangitmayatrentung/Article/index_html
 
pengalaman mengajar erti kehidupan..
 
Back
Top
Log in Register