Batu Bersurat diiktiraf

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Batu Bersurat Terengganu mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (IAC) yang bermesyuarat di Barbados, 31 Julai lalu memberi pengiktirafan itu bagi memastikan khazanah warisan itu terus terpelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

''Ini merupakan pengiktirafan keempat yang diperolehi Malaysia selepas Hikayat Hang Tuah (2001), Sejarah Melayu (2001) dan Surat-Surat Sultan Abdul Hamid (2001) iaitu di bawah kategori yang sama,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rais memberitahu, pencalonan untuk batu bersurat itu telah dibuat bersama-sama dengan Poskad Negeri-Negeri Selat pada Mac 2008 oleh kementeriannya melalui Jabatan Warisan Negara.

Bagaimanapun, jelas beliau, semasa IAC membuat pertimbangan pengiktirafan tersebut, pihak terbabit hanya menerima dan menyenaraikan batu bersurat.

Ditanya, apakah alasan IAC menolak poskad tersebut, kata beliau, ia tidak menepati kriteria yang diperlukan oleh pihak IAC, iaitu mempunyai keunikan dan kepentingan di peringkat dunia.

Rais berkata, kementerian dan Jabatan Warisan Negara memutuskan untuk mengekalkan artifak itu di Muzium Terengganu kerana ia lebih wajar diletakkan di tempat asal penemuan batu bersurat itu.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen supaya memasukkan batu bersurat itu sebagai destinasi pelancongan di negeri itu.
 
Sponsored Post

T2T

Super Active Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
6,927
Reaction score
113
Points
73
#offtopic#
pergh.. siggy TT takleh tahan... "nak memantat lama?"..
 

Icam

Fun Poster
Joined
Mar 13, 2007
Messages
288
Reaction score
2
Points
15
:-? :-? :-? xpaham :-? :-?:-?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman (kanan) menyampaikan wacana bertajuk Dialog Cendekiawan - Tradisi Keagamaan dan Islam di Dunia Melayu: Batu Bersurat dan al-Aqaid al-Nasafi. Foto Rosdan Wahid


Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman. Foto Rosdan Wahid

Batu bersurat Terengganu bukti peradaban Islam alam Melayu


KUALA LUMPUR: Kewujudan Batu Bersurat Terengganu membuktikan peradaban Islam di alam Melayu setanding dengan tamadun dunia termasuk dalam bidang sains dan ilmu falak.

Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman, berkata Batu Bersurat Terengganu ialah mercu tanda ilmiah tamadun Islam di alam Melayu kerana mengandungi maklumat bukan sahaja perintah melaksanakan syariat Islam, bahkan membabitkan penguasaan tinggi ilmu falak dan sains.

“Maklumat di batu itu menyebut hari, bulan dan buruj atau gugusan bintang, jadi ia berkaitan ilmu astronomi yang membuktikan tamadun Islam di alam Melayu datang serentak dengan ilmu sains, iaitu falak termasuk cara penggunaan alat sains yang mungkin tidak kita temui pada masa ini.

“Abad ke-12 hingga 14 ialah abad umat Islam menghasilkan paling banyak astrolab, iaitu alat yang digunakan untuk membantu mereka dalam bidang perniagaan dan pelayaran. Maka, ia menjadi antara cara menentukan kedudukan bulan dengan menggunakan peralatan saintifik berkenaan,” katanya pada Dialog Cendekiawan - Tradisi Keagamaan dan Islam di Dunia Melayu: Batu Bersurat dan al-Aqaid al-Nasafi di sini, baru-baru ini.

Muhammad Zainiy menegaskan Batu Bersurat Terengganu ialah spesimen tulisan jawi terawal di alam Melayu, selain daripada manuskrip al-Aqaid al-Nasafi.

“Prasasti ini membuktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula dengan penanda sejarah berserta bukti kukuh yang tidak boleh disangkal lagi termasuk maklumat berkaitan bidang sains gunaan hingga falsafah dan kalam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buruj ialah sistem bagi ahli falak zaman dahulu untuk mengenal gugusan bintang yang boleh diibaratkan alamat atau peta bagi mengetahui kedudukan termasuk panduan kepada pengembara pada waktu malam.

Beliau berkata, Batu Bersurat Terengganu mempunyai istilah Arab, iaitu ‘sharatan’ yang merujuk kepada dua bintang dalam buruj Aries atau Ram yang membuktikan masyarakat masa itu sudah mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu falak seperti pencapaian awal dalam sejarah serta tamadun Islam terdahulu.

“Ilmu falak dalam Batu Bersurat Terengganu diterangkan secara terperinci kerana ada maklumat mengenai hari, bulan dan disebut juga ‘hari pertama Jumaat’ bagi membawa erti Jumaat pertama pada Rejab.

“Gugusan bintang yang disebut sharatan atau nama saintifiknya Aries ialah rumah pertama yang dilalui bulan apabila bulan naik (bergerak).

“Fakta itu penting kerana Rejab adalah antara empat bulan yang dimuliakan dalam takwim kalendar Islam dan 27 Rejab juga berlakunya peristiwa Israk Mikraj apabila Rasullulah SAW diangkat ke langit untuk menerima perintah Allah SWT,” katanya.

Muhammad Zainiy berkata, tulisan jawi dalam kitab al-Aqaid al-Nasafi juga tidak jauh berbeza dengan Batu Bersurat Terengganu, sekali gus bermakna wujud pertalian persuratan membabitkan cara penulisan Jawi orang Melayu, walaupun berhadapan jarak waktu panjang, iaitu sekitar 300 tahun.

“Ia tradisi panjang kerana 1303 menuju abad ke-16 mencecah hampir 300 tahun dan bermakna cara penulisan jawi tidak berubah.

“Justeru, pendekatan dalam erti kata ilmiah sesuatu bidang ada ditekankan contoh bagaimana ilmu diterangkan dalam bentuk yang lebih saintifik dan rasional.

“Batu Bersurat Terengganu membuktikan kedatangan ilmu falak, manakala al-Aqaid al-Nasafi menyebut mengenai pelbagai ilmu termasuk kewujudan, politik, fizik dan atom. Ini bidang baharu kepada kita sekarang, meskipun sebenarnya sudah lama dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu menyedari pada abad ke-16, Eropah baru menemui bidang baharu sains itupun selepas mereka memperoleh manuskrip daripada tamadun Islam, berikutan kejatuhan Sepanyol termasuk Toledo dan Granada ke tangan Kristian.

“Barat membawa manuskrip ini ke Eropah dan menubuhkan universiti, sekali gus bermulalah pertandingan ilmiah dan akliah,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Zainiy berkata, penemuan Batu Bersurat Terengganu membuktikan tamadun Islam di Tanah Melayu setanding dengan tamadun Islam semasa yang dibuktikan dengan kewujudan prasasti 150 tahun lebih awal daripada pembukaan kota Istanbul oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada 1453.

“Batu Bersurat Terengganu membuktikan Islam dimasyhurkan di negara ini khususnya Terengganu dengan melaksanakan syariat agama bermula pada 1303.

“Mungkin akan ada orang bertanya mengapa kita tidak tahu kehebatan tamadun Islam Tanah Melayu? Ia disebabkan kita sebenarnya sudah hilang sejarah ini dan kita tidak mendalami sejarah bahagian ini,” katanya.

Beliau berkata, sikap itu dikatakan historical amnesia, iaitu kelompangan sejarah, sekali gus menuntut kita untuk mempunyai pakar dan pusat khusus yang mendalami tamadun Islam di Tanah Melayu supaya maklumat itu dapat dikemukakan kepada masyarakat dan sejarah dapat diperturunkan.

Mengulas lanjut, Muhammad Zainiy berkata, masih ada maklumat dalam Batu Bersurat Terengganu yang memerlukan pengkajian lanjut terutama undang-undang syariah yang diguna pakai pada masa itu yang disifatkan masih belum diterangkan secara mendalam.

“Setakat ini, tiada kepakaran yang boleh melihat sejarah undang-undang syariah dan dibandingkan dengan undang-undang syariah sekarang atau pengamalannya di tempat lain seperti Parsi, Baghdad, Bahrin pada abad 1303.

“Ini penting supaya kita dapat mengetahui apakah undang-undang syariah di negara kita sama seperti di tempat lain contohnya Kaherah,” katanya.

Beliau berkata, Batu Bersurat Terengganu perlu dianggap penanda sejarah negara kerana prasasti itu sumber sejarah Islam terawal, sekali gus membuktikan daerah Kuala Berang menerima Islam sebagai agama rasmi.

“Jika bukan terawal pun, tahun 1303 di Batu Bersurat Terengganu menandakan Islam di Tanah Melayu lebih awal daripada Istanbul.

“Kita boleh membanding betapa terkedepan peradaban Islam di Tanah Melayu walaupun bukan daripada segi material tetapi membabitkan aspek keilmuan dan tamadun,” katanya.

Beliau berkata, Batu Bersurat Terengganu tidak pernah diraikan walaupun ia ada dipelajari di sekolah.

“Batu Bersurat Terengganu bukan cerita dongeng atau legenda, sebaliknya ia berkaitan sejarah, sains dan Islam.

“Justeru, penemuan penting ilmuwan ulung negara, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengesah tarikh terpahat pada batu itu sebagai 4 Rejab 702 wajar diraikan sekurang-kurangnya dalam konteks Terengganu,” katanya.


https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/07/590965/batu-bersurat-terengganu-bukti-peradaban-islam-alam-melayu
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,938
Reaction score
726
Points
161
puak kulup tak suka ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register