BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batik tempatan ke persada dunia

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KETIKA menjejakkan kaki di Langkawi sekitar 1994, peluang perniagaan yang terhidang di depan mata untuk memperkenalkan hasil kraftangan terutama dalam bidang pembuatanbatik anak tempatan ke seluruh dunia membuatkan Nor Hisbani Udin, 44, mengambil inisiatif memulakan perniagaannya.

Nor Hisbani berpendirian kejayaan tidak datang bergolek tetapi sekiranya kita bersungguh-sungguhuntuk menempa kejayaan, segalanya akan dipermudahkan.

Dia yang menjalankan perniagaan pelbagai koleksi batik selain menjual aksesori wanita yang diimport dari Korea dan Hong Kong, mampu meraih pendapatan lumayan menerusi perniagaan dijalankan.

Nor Hisbani pernah mengorak langkah dengan membuka hampir tujuh butik yang berteraskan hasil kerja batik, kelengkapan perhiasan wanita serta barangan cenderamata tempatan.

Namun dengan kegawatan ekonomi dan suasana industri pelancongan yang menurun pada suatu ketika dahulu, dia juga tidak terlepas dari situasi terbabit.

"Daripada tujuh butik, saya terpaksa kecilkan saiz perniagaankepada tiga butik sahaja,” katanya.

Menurutnya, kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 1998, cukup memeritkan dan dia terpaksa meneliti kembali strategi perniagaan yang pada mulanya mendapat sambutan.

"Pada saya ini asam garam dalam perniagaan, mula-mula memang terasa kesan dan beban tetapi sekarang dah lali dan setiap permasalahan semestinya ada penyelesaian.
"Walaupun berstatus ibu tunggaldan ada lima anak untuk dibesarkan tapi saya nekad untuk terus berjaya dan mengambil peluang dengan mendalami ilmu perniagaan bagaimana cara untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan mengikut kehendak dan kesesuaianpelanggan,” katanya.

Perkenal batik kepada pelancong luar negara

Dengan kesungguhan yang jitu, Nor Hisbani kini merancang untuk membuka sebuah lagi butik yang berkonsepkan santai kepadaDengan memiliki lapan tenagapekerja yang terdiri daripada anak-anak muda yang ingin melihat hasil seni batik budaya Melayu tidak luput ditelan zaman, Nor Hisbani sudah melahirkan dua pengusaha muda batik di bawah seliaannya.

"Saya bersedia terima pelajar yangberminat untuk kembangkan hasil kraftangan batik, ia bukan sekadar menjaga seni budaya tempatan tetapi dapat menjana ekonomi serta mampu memperkenalkan jenama batik Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, Pulau Langkawi adalah pilihan tepat untuk memperkenalkan batik kerana mencatatkan kemasukan pelancong dari seluruh dunia.

"Pelancong dari Perancis dan Itali mempunyai minat mendalam tentangbatik, kebanyakan mereka menjadi pelanggan utama malah sering membuat tempahan kepada kami malahan di negara mereka memang terkenal dengan koleksi fesyen yang bertaraf antarabangsa,” katanya.

Sertai pameran tekstil, fesyen

Ditanya mengenai perancangan terbaru, Nor Hisbani bakal ke Mexico dan Itali pada awal tahun hadapan untuk mengikuti rombongan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan untuk menyertai pameran tekstil danfesyen antarabangsa di sana.

"Niat saya untuk melihat batik hasil kraftangan buatan sendiri berada di tahap tertinggi, ini kejayaan pengunjung di lokasi yang memasarkan barangan kraftangan seluruh Malaysia danmenyasarkan pelancong dari luar negara selain pelancong tempatan.

"Saya masih menilai situasi semasa sebelum membuat keputusan, peluang ini cukup baik dan ia perlukan perancangan teliti untuk bawa pelancongbertandang ke butik ini.

"Selain itu, saya juga aktif ikuti segala program Kraftangan Malaysia yang sering dianjurkan untuk memperagakan hasil kraftangan batik yang menjadi tunjang utama perniagaan,"
katanya.

Semua termasuk pihak yang membantu kejayaan saya selama ini,” katanya.

Nor Hisbani juga bercita-cita untuk menjenamakan batik dari Langkawi supaya ia menjadi satu jenama kepada pelancong yangdatang ke sini.

Selain itu katanya, dia bercadang untuk mewujudkan sistem francais batik jenama sendiri pada masa hadapan.

"Saya takkan menoleh ke belakang, inspirasi kejayaan tetap dalam sanubari saya dan inginmembuktikan bahawa wanita juga mampu meraih kejayaan kalau benar-benar serius mengusahakan sesuatu bidang yang diceburi.

"Tiada yang mustahil untuk kita melakukan sesuatu. Apa yang penting ialah yakin, tawakal danusaha selain doa, kejayaan akan menjadi milik kita, malah mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register