BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batal niat, api terlalu marak

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
hangus_1538913469.jpg

MAIZATUL Akmam mencari sisa barangan selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Atas Tol, Kuala Terenggangu, hari ini. FOTO Rozainah Zakaria








SAYA dah masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang, namun api terlalu marak menyebabkan saya membatalkan niat kerana bimbang keselamatan diri,” kata Rahmah@Lijah Abdul Rahman,78, mangsa kebakaran di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, rumah pusaka didiami Rahmah bersama anak lelaki, menantu dan tiga cucunya musnah dijilat api dengan kerugian dianggarkan bernilai hampir RM400,000.

Menurut Rahmah, dia yang sebelum itu menjaga lembu dan kuda di kandang berhampiran rumahnya terkejut selepas melihat asap dari bahagian belakang rumahnya

“Saya bergegas pulang dan sebaik masuk ke dalam rumah, saya nampak api sedang marak di bahagian dapur dan bilik di belakang rumah.

“Pada masa sama, ahli keluarga yang ada berhampiran rumah turut menghalang saya masuk ke dalam kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

“Saya tidak tahu apa punca kejadian itu kerana saya tidak memasak,” katanya.

Sementara itu, anak Rahmah, Maizatulakmam Abd Ghani, 46, berkata dia yang ketika kejadian berada di Bandar Kuala Terengganu bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran terbabit.

“Ketika saya sampai di rumah, pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran.

“Sedih juga melihat rumah pusaka berusia lebih 30 tahun dan pelbagai barangan berharga musnah tetapi saya bersyukur kerana ibu tidak mengalami kecederaan,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran jam 3.13 petang.

Katanya, seramai 26 pegawai dan anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kebakaran, rumah berkenaan sudah terbakar hampir 80 peratus dan kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke tiga rumah berhampiran.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 3.55 petang. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/384295/batal-niat-api-terlalu-marak






.
 
Back
Top
Log in Register