balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Vianish (dua, kiri) menunjukkan keadaan tangan kirinya yang sudah tidak berfungsi sejak 27 tahun lalu sambil diperhatikan Amir Hamzah (dua, kanan) dan Soon Sheng.
< 1 / 1 >
AYER KEROH - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) terpaksa berdepan masalah hutang RM40,000 apabila namanya disalahgunakan individu lain untuk membeli sebuah kereta.
Lelaki terbabit, Vianish Kassim, 51, yang kini menetap di Rumah Pangsa Pantai Peringgit berkata, dia hairan kerana selama ini dia tidak pernah memiliki kenderaan, malah langsung tidak mempunyai lesen memandu.
Menurutnya, keadaan fizikalnya yang mengalami kecacatan di keseluruhan bahagian tangan kiri, membuatkan dirinya mustahil untuk memandu kereta serta memiliki lesen.
“Sebelum mengalami kemalangan motosikal 27 tahun lalu, saya hanya mempunyai lesen motosikal, itu pun ‘L’, tetapi selepas itu saya langsung tidak memiliki sebarang kenderaan bahkan basikal pun saya tiada kerana tangan kiri saya sudah tidak lagi berfungsi.
“Sebab itu saya sangat terkejut apabila bank menghubungi saya dan memberitahu saya mempunyai hutang kerana membeli kereta jenis Proton Perdana V6. Puas saya jelaskan tetapi mereka tidak percaya,” katanya di dalam satu sidang media di Pejabat Pembela BN Melaka di sini, semalam.
Turut hadir Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz dan Penasihat Guaman Pembela BN daripada TG Koh Nazarilah & Song, Lim Soon Sheng.
Vianish berkata, semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan berkenaan juga di atas namanya malah pihak bank ada menghantar no akuan perjanjian sewa beli juga di atas namanya.
“Saya tidak mahu bertanggungjawab ke atas perkara ini maka itu sebab saya merujuk masalah ini kepada Pembela BN Melaka dan saya juga telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.
Sementara itu, peguam dilantik, Soon Sheng menjelaskan, pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada Bank Negara dan bank berkenaan bagi mengetahui maklumat lanjut sementara menunggu siasatan polis.
“Sekiranya pihak bank sudah memfailkan saman, kita akan mempertahankan lelaki berkenaan di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, pihaknya kesal kes berkenaan pihak bank seolah-olah tiada kelonggaran kepada mangsa apabila meminta pengadu membayar terlebih dahulu hutang tersebut.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/basikal-pun-saya-tak-ada-1.265076