BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Basikal perlu lesen, nombor plat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
119564732_1706412816192882_1646108343660837286_n.jpg

119517041_1706412832859547_8551723288930453305_n.jpg

Wee Ka Siong

‘BASIKAL PERLU LESEN & PLAT’ BUKAN DASAR KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa setiap basikal di negara ini perlu didaftar dan dilesenkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor. Saya ingin menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu malah cadangan ini juga tidak pernah dibangkitkan kepada saya.

Banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh MOT bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.

Setakat ini, sebarang komen yang dibuat oleh MIROS sebagaimana yang dilaporkan media hari ini tidak menjadi dasar sehinggalah melalui pelbagai proses seterusnya mendapat kelulusan Menteri.

Agensi-agensi di bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk Pejabat Menteri sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar di bawah bidang kuasa MOT. Semua pengumuman polisi pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan Menteri.

Dari segi keselamatan penunggang basikal, MOT melalui JPJ dan MIROS terus mempromosikan program advokasi keselamatan dengan penggemar sukan berbasikal dan persatuan-persatuan yang berkaitan secara berterusan, begitu juga dengan semua pengguna jalan raya lain. Program berkaitan keselamatan ini juga akan dibincangkan dan dikemas kini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya yang akan diadakan pada bulan ini.

Dalam masa sama, saya juga ingin menasihatkan kepada semua penunggang atau penggemar sukan berbasikal supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika berbasikal di jalan raya kerana turut terikat di bawah peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Cake tidak setuju cadangan nombor plat basikal

826611.jpg

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan nombor plat dan lesen bagi penunggang basikal dengan menyifatkan cadangan itu adalah tidak wajar.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, rata-rata pengguna menyifatkan cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu amat tidak munasabah dan tidak berasas walaupun diperkenalkan ke atas basikal yang berkuasa tinggi dan berharga mahal.

"Mengikut sejarah, lesen dan nombor plat ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British dahulu, namun tiada lagi digunakan selepas merdeka.

"Basikal sekarang kebanyakannya digunakan untuk tujuan riadah," katanya ketika mengulas cadangan MIROS memperkenalkan lesen dan nombor plat basikal.

Sebelum ini, MIROS dilaporkan mencadangkan lesen dan nombor plat basikal diperkenalkan susulan tular beberapa isu membabitkan penunggang basikal baru-baru ini yang menjalankan aktiviti di lebuh raya.

== sinar harian
 
nah...pakat2 melenting bikers2 ni...hikhikhikhihi......
 
hadoii,xde idea lain ke nak buat,
setakat main kat taman je pun...
 
smalam pagi den jenjalan dgn famili kek hiway guthrie, ramai ajo geng kayuh bskl ni kek laluan moto

fyi laluan ni memang feveret riders tapi menurut rider dlm video ni mgkn basikal dh takleh kayuh situ ekekekkee

tapi lps tu dh blh kayuh balik ekekeke
 
Klau ade no plat,ade insurans bleh buat claim la klau ape2 jd...
Nanti nak kene ada geran..
Kene buat chasis number..
Ada puspakom approval..

Lepas tu wujud sindiket clone basikal pulak.. ada 2 no plet sama :ROFLMAO:
 
Bina litar basikal demi keselamatan

Azizul cadangkan kempen kesedaran mengenai kayuhan selamat. FOTO NSTP

Azizul cadangkan kempen kesedaran mengenai kayuhan selamat. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mencadangkan supaya dibina litar basikal di negara ini sebagai salah satu langkah menjaga keselamatan penunggang basikal.
Jelas Azizul, dengan terbinanya litar itu, ia membolehkan peminat sukan berbasikal berkayuh tanpa mengganggu atau diganggu kenderaan lain.

"Tak payah pergi jauh, negara jiran kita Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google 'Skylane Bangkok' terletak berdekatan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, trek berbasikal ini amat popular di Bangkok dan mempunyai jarak 23.5 kilometer (km) satu pusingan.

"Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan mereka lagi hebat, trek yang jaraknya hampir 1,000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain.
"Peminat sukan basikal boleh berkayuh peringkat demi peringkat ala-ala macam Le Tour de Langkawi dan mereka yang lengkapkan keseluruhan 1,000km itu akan dapat sijil," katanya menerusi status terbaharu di akaun Facebook miliknya.

Azizul turut mengemukakan cadangan lain, iaitu pihak berkuat kuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baharu bagi mereka yang meminati sukan berbasikal.
"Peraturan yang saya maksudkan di sini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, di jalan-jalan kampung, di 'off-road' dan peraturan yang bersangkut paut dengannya," katanya.
Jelas pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu, perlu ada kempen kesedaran mengenai kayuhan dengan selamat dan betul.

"Saya pun tak suka bila tengok rakan-rakan berbasikal lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.
"Tapi saya percaya juga kebanyakan daripada mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas, cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 3:29 PM

Leceh pula kalau kena ada no plat ni, baru tau ada trek basikal mcm ni kat Thailand, skylane bangkok 🤯

img-2929_orig.jpg

img-2904_orig.jpg

img-2923_1_orig.jpg

img-2943_orig.jpg
 
Back
Top
Log in Register