BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Basikal antipencuri pertama dunia

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



NEW YORK 6 Ogos – Basikal antipencuri atau ‘unstealable bike’ pertama di dunia kini sedang dalam pengeluaran dan dijangka berada dalam pasaran pada tahun ini.

Portal berita Daily Mail melaporkan, basikal itu direka tiga jurutera muda dari Chile iaitu Cristobal Cabello, 22, Andres Roi Eggers, 23 and Juan Jose Monsalve, 24.

Mereka telah menemui satu cara untuk menghalang pencuri daripada mencuri basikal dan penemuan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Reka bentuk basikal unik itu yang dipanggil Yerka, kelihatan seperti basikal biasa lain, namun bahagian batang tengah kerangkanya boleh dipisahkan bagi membolehkan tempat duduk basikal tersebut dimasukkan ke dalam lubang disediakan untuk dikunci pada tiang.

Menurut perekanya, basikal itu boleh dikunci hanya dalam tempoh 10 saat dan tidak memerlukan kunci tambahan.

“Sejurus dikunci, tiada cara boleh dilakukan pencuri untuk membuka basikal itu,” ujar mereka.

Rekacipta basikal itu buat pertama kali diumumkan pada bulan November tahun lalu, namun pada minggu lalu, pasukan pereka tersebut menyatakan bahawa mereka telah menerima tempahan pertama untuk menghasilkan 300 buah Yerka.

Projek yang menelan belanja sebanyak AS$100,000 (RM387,745) itu dilapor menerima suntikan daripada sebuah yayasan keusahawanan, bagaimanapun sebahagian besar dana yang mereka perolehi adalah daripada laman web dana awam, Indiegogo.

Difahamkan pada masa akan datang harga basikal itu akan meningkat kepada AS$600 (RM2,326), lapor agensi berita CNN.
 
Camne bley lipat2 camtu tu??
 
Kalau takde tiang?? Nk kunci kat pokok?? Kalau bawak g sekolah. Berebut tiang la agaknya :)):)):))
 
kena tebang pokok tu baru dapat basikal tu..x pun amik tyr depan pun jadi lahh...hahaha
 
Ada ke teringin nak curi beskal skrg? :)):))
 
roda, tayar ngan hendel masih boleh dicuri :)
 
Back
Top
Log in Register