BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Basic Chart Patterns Yang Perlu Diketahui Oleh Trader

Ok kita sambung chart pattern untuk continuation yang seterusnya.

Teori: Bullish Falling Wedge. Pattern continuation untuk trend bullish.

Bullish Falling Wedge.jpg


Contoh real chart di bawah adalah pair USDCHF, M30 di mana berlaku pattern Falling Wedge. Falling Wedge ini adalah compression type juga di mana selepas price break trendline di bahagian atas maka price menyambung pergerakan trend bullish. Confirmation berlaku selepas compression menurun, price break trendline di atas.

Bullish Failing Wedge USDCHF.jpg
 
Teori: Bearish Rising Wedge. Pattern continuation untuk trend bearish.

Bearish Rising Wedge.jpg



Contoh real chart di bawah adalah pair GBPUSD, M30 di mana berlaku pattern Rising Wedge. Rising Wedge ini adalah compression type juga di mana selepas price break trendline di bahagian bawah maka price menyambung pergerakan trend bearish. Confirmation berlaku selepas compression secara menaik, price break trendline di bawah.

Bearish Rising Wedge GU.jpg
 
Tuan @darwisy
Macam pernah saya cadangkan dekat thread sebelum ni
Saya nak cadangkan tuan update penerangan tuan dekat post #1
Untuk memudahkan
Jika ada fungsi 'Mark as Update' dekat section ni
Tu lebih mudah 😁

Ok nanti kita buat direct link pada post #1
 
Akhirnya EURUSD membuat formasi chart pattern triple top instead of double top yang dijangka sebelum ini.
Selepas membuat triple top penurunan sebanyak 180pips setakat ini. Ini lah yang memerlukan trader sabar dan kena percaya pada analisis. Kalau analisis tak menjadi biar ia kena SL kerana kita tidak boleh kawal pergerakan market. Apa yang boleh kita kawal adalah risiko berapa kita sanggup rugi jika kita salah membaca market atau market tidak memihak kepada kita.

14 Feb EU Triple Top.jpg

Triple Top pada pair EU memang betul2 terjadi di tambah pergolakan perang Rusia dan Ukraine.
EU triple Top.jpg
 
Seperti tajuk thread untuk basic chart pattern boleh kita applikasikan dalam trading style kita.
Basic chart patterns adalah ilmu yang wajib diketahui oleh semua trader forex, stock, crypto etc.
Tidak kira samada anda sudah lama atau pun baru dalam trading, ilmu chart pattern perlu melekat dalam minda anda.
Jika belum hafal better hafal pattern ini supaya memudahkan kita untuk mengenalpasti apabila melihat real chart.
Untuk memudahkan ahli trader CG, di sini kita akan memberi contoh basic chart patterns untuk anda rujuk.

Basic chart pattern boleh di bahagikan kepada tiga iaitu continuation, reversal dan neutral.
Pattern continuation adalah pattern follow trend sebelumnya manakala pattern reversal adalah berlaku disebabkan market ingin bertukar arah.
Satu lagi pattern neutral adalah pattern di mana market boleh jadi pergi ke atas atau ke bawah. Confirmation dan waiting game adalah diperlukan untuk memastikan ke mana arah market ingin tuju.


1. Pattern Continuation
Continuation Chart Pattern.jpg



2. Pattern Reversal
Reversal Chart Patterns.jpg



3. Pattern Neutral
Neutral Chart Patterns.jpg


Next perbincangan kita akan cuba tunjukkan contoh2 dalam real trading chart. Member2 juga boleh berbincang dan memberi contoh semasa anda apply dalam real trading.

DI BAWAH INI ADALAH FAST LINK UNTUK RUJUKAN. HANYA KLIK SAHAJA LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT EXPLANATION DAN JUGA CONTOH CHART BAGI SETIAP PATTERN.

PATTERN REVERSAL
1. Double Top
2. Double Bottom
3. Triple Top
4. Triple Bottom
5. Head And Shoulder (Bearish)
6. Inverted Head And Shoulder (Bullish)
7. Rising Wedge (Bearish)
8. Falling Wedge (Bullish)
9. Expanding Triangle (Bearish)
10. Expanding Triangle (Bullish)

PATTERN CONTINUATION
1. Bullish Flag Pattern
2. Bearish Flag Pattern
3. Bullish Pennant Pattern
4. Bearish Pennant Pattern
5. Bullish Falling Wedge
6. Bearish Rising Wedge
Pattern Neutral kita belum cover lagi nanti kita sambung.
 
Ok kita sambung pattern neutral.

Kenapa ia dipanggil pattern neutral? Jawapannya adalah ia boleh jadi 2 kemungkinan iaitu naik ke atas atau turun ke bawah. Neutral di sini bermaksud 50-50 untuk trend naik atau trend turun selepas pattern neutral ini terbentuk.

Teori : Ascending Triangle. Boleh ke atas atau ke bawah.

Ascending Triangle.jpg



Contoh ascending triangle kes naik ke atas seperti chart GBPNZD, H1 di bawah. Confirmation naik apabila price break horizontal line di atas.

Ascending Triangle GN Up.jpg



Manakala contoh ascending triangle kes turun adalah seperti chart AUDUSD,M30 seperti di bawah. Confirmation turun berlaku apabila price break trendline di bawah.

Ascending Triangle AU Down.jpg
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15127
USD / JPY
160.010
GBP / USD
1.33271
USD / CHF
0.79801
USD / CAD
1.39459
EUR / JPY
184.215
AUD / USD
0.70521
Back
Top
Log in Register