Bas percuma untuk rakyat Malaysia di Putrajaya

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,013
Reaction score
1,647
Points
206
| | 26 Oktober 2020
864021.jpg

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi agensinya Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan sekitar Putrajaya bermula 1 November 2020.

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia berpeluang menaiki bas secara percuma di kawasan Putrajaya bermula 1 November ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Rosida Jaafar berkata, inisiatif bas percuma membabitkan kos RM12 juta setahun itu akan melibatkan 30 bas serta 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya.

Beliau berkata, kemudahan yang disediakan menerusi agensi KWP, Perbadanan Putrajaya (PPj) itu adalah antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat khususnya warga Putrajaya mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan serta memudahkan masyarakat berurusan dengan kerajaan.

"Pada masa yang sama, perkhidmatan percuma ini juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang membantu memulihkan ekonomi setempat ekoran pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan bas percuma itu di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang bas bukan warganegara pula dikehendaki membayar tambang RM1.50.

Rosida berkata, aspek prosedur operasi standard (SOP) untuk pencegahan penularan jangkitan Covid-19 perlu dipatuhi antaranya penjarakan tempat duduk, pengurangan kapasiti penumpang, pengambilan suhu badan serta pendaftaran MySejahtera.

Laluan perkhidmatan utama iaitu T500 bermula di Kompleks E dan akan melalui kompleks kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Presint 1 (Kompleks A, B, C, D dan E) dan Persiaran Perdana (Presint 2 dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang di Presint 4.

Bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya pula akan melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain di Presint 1 hingga Presint 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu dan cuti umum.

Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua hentian iaitu Kompleks E di Presint 1 dan Dataran Gemilang di Presint 4 akan dijadikan sebagai transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan yang lain bagi memudahkan penumpang. - Bernama

 
Sponsored Post

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,322
Reaction score
195
Points
33
area business district area jer.. laluan bas Smart selangor pon area tu jugak, dr P1- P4..

p9, p8 , p18 , p6, p5, p10 , p11 harap dapat cover la sian mak ayah mana yg guna public transport khususnya bus, nk nengok anak tghari dgn jemput balik kat sekolah
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,013
Reaction score
1,647
Points
206
yey tahniah warga putrajaya

tapi sbb pkpb di lanjutkan, kensel program den nk bwk anak2 ujung minggu ni jenjalan & kayuh bskl lipat kek tepi tasik putrajaya... rosak program aku

klu aku komunis, aku bariskan politikus2 smuo yg terlibat jadi punca covid19 bertambah & tembak kasi mampussssssssssss! ekekekkee

 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,013
Reaction score
1,647
Points
206
area business district area jer.. laluan bas Smart selangor pon area tu jugak, dr P1- P4..

p9, p8 , p18 , p6, p5, p10 , p11 harap dapat cover la sian mak ayah mana yg guna public transport khususnya bus, nk nengok anak tghari dgn jemput balik kat sekolah
presint 14 lalu tak bas free ni? anak den baru kojo kek situ, takleh balik shah alam dh sebulan dah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register