BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas pekerja terbakar bergerak sendiri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Bas pekerja terbakar bergerak sendiri

KLANG – Suasana di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini bertukar kecoh berserta panik apabila sebuah bas pekerja terbakar dan bergerak sendiri, petang semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian tersebut tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden itu kemudiannya tular di aplikasi TikTok menerusi video berdurasi satu minit 54 saat memaparkan bas tersebut melanggar beberapa buah kenderaan sebelum berhenti selepas merempuh sebuah premis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.16 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati pemandu bas berjaya menurunkan penumpang selepas ternampak asap pada enjin kenderaan.

“Pemandu kemudiannya telah mengambil alat pemadam api untuk memadamkan namun gagal.

“Bas itu bergerak tanpa pemandu ke kanan jalan sehingga laluan bertentangan sebelum merempuh tiang kedai keperluan harian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, bas tersebut dianggarkan terbakar 40 peratus dan tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Video Media sosial
 
bahayo btul, 2019 penah naik bas rapid poie pkns shah alam....sampai2 ajo bustop pkns, berasap bas tu sampai x nmpk apo2 kek luar cermin

yg best ialah driver stop dgn slow & announce bas rosak, sila beratur keluar dgn tenang ikut pintu depan/blkg mana2 yg dekat

smuo org cabut tapi driver releks ajo turun tengok enjin tepi bas berasap2 kepol2 & call opis koba bas rosak....
 
Skrg ni bukan setakat manusia ja gila… bas pon boley jadi gila
 
Panik teruk tu. Terjerit2 macam apa dah
 
Back
Top
Log in Register