BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barisan Exco Selangor & Portfolio2

Yg bagus tu ada Dato' Dr. Hassan Ali (PAS) jadi exco tu. Korang ingat lagi tak Dr Hassan Ali ni, yg memang terkenal sekitar tahun 1996 sbg pengacara forum perdana ehwal Islam tv1. Inilah dia orangnya. Dia ni pakar motivasi seangkatan dgn Dr Fadilah Kamsah. Sapa sangka sekarang dia jadi exco kerajaan Sgor.

Yela... Dia ni DUN tmpat aku... DUN gombak setiA..
Aku VOTE dia.. Akhirnya dia menang gak.. Yeaaaaaa....:)paid
 
Hasan ali tuh memang orang Selangor yer..Rase2 dulu cam pernah bertanding dekat Perak..Tak silap aku Parit kot..
 
yooo.......lebih maju lah Selangor gamaknya....telan air liur basi laa lepas nie kalau Ume-NO nak amik balik...hehhe
 
Hasan ali tuh memang orang Selangor yer..Rase2 dulu cam pernah bertanding dekat Perak..Tak silap aku Parit kot..

Dia memang orang selangor. Masa pilihanraya tahun 1999 dia bertanding kat Parlimen Parit Buntar Perak. Dia menang masa tu. Masa pilihanraya 2004 tak tau pulak dia bertanding kat mana. Tahun ni dia bertanding kat DUN Gombak Setia. Skrg dilantik jadi exco kerajaan negeri.
 
mengikut komposisi kaum kat selangor x?..kang mengamuk pulak prowaris mcm kat perak :p ...apa² pun tahniah..nampak barisan exco seimbang..

tak ada ka..kalau tak ada ok la..tp kalau ada mesti mana2 NGO gatai nak bg bantahan sikit hari lagi..panggil tv3suku mai ambik liputan pastu lata la ada yg tak kena la..kena ada ini la..tak ikut komposisi kaum la.. HHHhaaaatthhuiiittt....
 
Hasan ali tuh memang orang Selangor yer..Rase2 dulu cam pernah bertanding dekat Perak..Tak silap aku Parit kot..

Pak Hassan ni juga yg cdg semua ahli exco potong gaji skit untuk bagi kat rakyat selangor untuk caver2 apa yg patut.. negeri BN tak mau turut serta ka..
 
Hasan ali tuh memang orang Selangor yer..Rase2 dulu cam pernah bertanding dekat Perak..Tak silap aku Parit kot..

Dia memang orang selangor. Masa pilihanraya tahun 1999 dia bertanding kat Parlimen Parit Buntar Perak. Dia menang masa tu. Masa pilihanraya 2004 tak tau pulak dia bertanding kat mana. Tahun ni dia bertanding kat DUN Gombak Setia. Masa tahun 1999, DUN Gombak Setia ni Dato' Ismail Kamus yg pegang bila menang pilihanraya atas tiket PAS. Skrg giliran Dr Hassan Ali ambik alih kawasan ni dan dilantik jadi exco kerajaan negeri.

Dato' Ismail Kamus kat mana sekarang haaa? Senyap jer. Ini pun salah seorang tokoh agama & motivasi terkenal dari Selangor jugak. Sorang lagi tokoh agama Dato' Dr. Amran Kassimin. Tahun 2004 dia menang kwsan DUN Bangi atas tiket UMNO. Tahun ni dia tak bertanding.

Selangor ramai tokoh agama & motivasi terkenal- Dr Hassan Ali, Dato' Ismail Kamus, Dr Amran Kassimin, Dr fadillah Kamsah, Allahyarham Dato' Ishak Baharom (Mufti paling dikenali seluruh Malaysia).
 
Last edited:
Barisan exco yg mantap. Syabas Barisan Rakyat :)cgrock . Semoga negeriku Selangor terus maju & makmur tanpa Rasuah:)
 
"Rakyat Selangor telah tentukan siapa patut tadbir Selangor, hormati institusi kesultanan" Sultan

Oleh Bernama
Isnin, 24 Mac 2008
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu wakil rakyat, sebagai perantara di antara baginda dan rakyat, supaya menghormati dan memelihara Institusi Kesultanan sebagai teladan yang baik kepada rakyat.

"Hari ini rakyat telah menentukan siapa yang patut mentadbir negeri Selangor yang maju dan makmur ini.

Marilah kita sama-sama melayari bahtera kemajuan yang telah kita capai ini dengan penuh azam dan tekad supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini akan terus maju dan rakyatnya akan dapat bersama-sama menikmati dan berkongsi kemakmuran ini," titah baginda di Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di sini, Isnin.

Baginda bertitah bahawa pentadbiran negeri adalah berasaskan adat dan budaya di mana Institusi Kesultanan adalah amat penting sebagai tunjak keamanan negeri.

Ini kerana sungguhpun rakyat di negeri ini terdiri daripada mereka yang berbilang kaum dengan adat, budaya dan agama yang berlainan, mereka adalah di bawah naungan Sultan sebagai payung untuk mereka berteduh dan berlindung, titah baginda.

"Oleh itu Beta menyeru kepada rakyat yang Beta kasihi supaya sentiasa menghormati akan adat dan budaya yang telah kita warisi sejak turun temurun.

Kehalusan kebudayaan yang kita warisi ini serta hormat-menghormati antara satu dengan lain akan mengeratkan lagi keharmonian dan mengekalkan ketenteraman negeri Selangor," tegas Baginda.

Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa baginda tidak berkenan rakyat yang bersikap ekstremis kerana ia akan merosakkan negeri Selangor dan baginda tidak akan teragak-agak untuk menitahkan pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan keras terhadap golongan ekstremis ini.

Baginda turut mengulangi ingatannya supaya rakyat tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai medan berpolitik.

Masjid dan surau adalah tempat suci yang digunakan untuk beribadah dan janganlah ia digunakan sebagai gelanggang bagi parti-parti politik mengadakan ceramah dan perkara lain untuk kepentingan politik mereka, titah baginda.

"Beta hanya berkenan mereka yang telah dikurniakan tauliah oleh Beta dibenarkan untuk menjadi Imam dan membaca khutbah di masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor ini.

"Perkara ini telah Beta sarankan beberapa kali dalam titah ucapan Beta dan Beta berharap akan dipatuhi oleh rakyat Beta yang beragama Islam supaya kesucian agama Islam dapat dipelihara dan tidak dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," tegas Baginda.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa rakyat Selangor mahukan kualiti kehidupan yang lebih elok dalam suasana alam sekitar yang bersih dan teratur, oleh itu segala rintihan mereka mestilah diatasi dengan segera oleh wakil-wakil rakyat.
 
Back
Top
Log in Register