BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barca terkejut!

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
xpix_gal0.pagespeed.ic.O1-W5r3lRG.webp

AMRI Yahyah menjaringkan gol pertama dalam perlawanan persahabatan pertemuan Barcelona di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin


Malaysia 1 (Amri Yahyah m-39)
Barcelona 3 (Cesc Fabregas m-32, Neymar m-42, Gerard Pique m-73)

Misi skuad Harimau Malaya untuk tidak menerima nasib seperti Santos yang dibelasah 8-0 dan Thailand 7-1 boleh dianggap berjaya apabila mereka sekadar tewas 3-1 kepada kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ketiadaan Lionel Messi yang hanya berselipar sambil duduk di bangku simpanan Barcelona sepanjang perlawanan nyata melegakan benteng pertahanan Malaysia tatkala penyerang veteran negara berusia 32 tahun, Amri Yahyah terus mempamerkan magisnya dengan berjaya membolosi gawang Barcelona.

Pengendali Barcelona, Gerardo Martino meletakkan kesebelasan separuh masa pertama dengan ditunjangi tonggak utama antaranya penjaga gol, Victor Valdes, Gerard Pique, Cesc Fabregas, Xavi, Andres Iniesta, Dani Alves dan Neymar.

Pendekatan taktikal bertahan diterapkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal berhasil apabila gawang Malaysia hanya dibolosi dua gol pada separuh masa pertama biarpun jelas Barcelona menguasai permainan menerusi hantaran-hantaran tepat.

40,000 penonton bergema
Percubaan sulung Malaysia hanya hadir pada minit ke-19 tetapi nyaris menghasilkan gol apabila rembatan Norshahrul Idlan Talaha sempat ditepis Valdes sebelum bola sekadar menggegar tiang sebelum pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke-32 hasil tandukan Fabregas yang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun stadium yang dipenuhi 40,000 penonton bergema apabila Amri merembat kencang menewaskan Valdes untuk gol penyamaan Malaysia pada minit ke-39, sekali gus penyerang Selangor itu terus melakar sejarah selepas berjaya meledak dua gol ketika bertemu Manchester United pada 2009.

Kedudukan 1-1 itu hanya bertahan tiga minit apabila Neymar berjaya meloloskan diri dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan tepat untuk gol kedua Barcelona.

Selepas rehat, Malaysia bertahan baik namun usaha itu tidak cukup melihat Pique meledak masuk gol ketiga minit ke-73 dengan kedudukan 3-1 bertahan sehingga wisel penamat.


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=C3KeywPjIfI#at=216

Kredit : Berita Harian
 
Last edited:
xde ayat yg ckp barca terkejut pun.. :p
 
aku plak tkejut bca cter yg xde kaitan ngn tajuk..
 
:D siapa yg terkejut ? ramai gak yg terkejut dgn thread ni .

Tahniah pada kedua-dua pasukan.
 
Back
Top
Log in Register