BTC USD 81,538.7 Gold USD 4,139.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barat mula menerima cara Tun Dr Mahathir

aku mintak ko bagi sati artikel yg dikatakan dia hina islam.
jgn terpengaruh dengan kata2 orang yg anti dia...kalo baca artikel orang yg anti dia..mmg jawapan nya smua anti la...

BRO perkara nih memang dah jelas.... kalo artikel yang menentang dia dah tentu kategori anti dia... kalo menyokong cam mana nak tentang dia :D

Isu hudud semua org tau... isu janggut nabi semua org tau... tuh bukan dari pembangkang tapi dari tape UMNO sendiri...

Kalo pk bab pembangunan fizikal dunia ... memang Mamak nih hebat (walaupun byk perkara masih boleh dipertikaikan tapi malas nak berhujah panjang2).. tapi kalo pembangunan rohani.... memang teruk!!!!!

Jgn hanya pk kesenangan diri kita sendiri sahaja pada waktu ini.. tapi kena pk generasi akan datang... Dasar Pendidikan Negara... Dasar Kebudayaan... Dasar Agama... semua itu kita kena pk kan.. Jgn kata semua tuh tugas Ahli Politik...

Dan memang benar ... Melayu nih kalo berikan kelesaan hidup walaupun sedikit mereka akan lupa byk perkara... Itulah yg diamalkan oleh UMNO sekarang...
 
tabik la tun mmg memandang 10 tahun kedepan
otak tajam
 
BRO perkara nih memang dah jelas.... kalo artikel yang menentang dia dah tentu kategori anti dia... kalo menyokong cam mana nak tentang dia :D

Isu hudud semua org tau... isu janggut nabi semua org tau... tuh bukan dari pembangkang tapi dari tape UMNO sendiri...


Kalo pk bab pembangunan fizikal dunia ... memang Mamak nih hebat (walaupun byk perkara masih boleh dipertikaikan tapi malas nak berhujah panjang2).. tapi kalo pembangunan rohani.... memang teruk!!!!!


Jgn hanya pk kesenangan diri kita sendiri sahaja pada waktu ini.. tapi kena pk generasi akan datang... Dasar Pendidikan Negara... Dasar Kebudayaan... Dasar Agama... semua itu kita kena pk kan.. Jgn kata semua tuh tugas Ahli Politik...

Dan memang benar ... Melayu nih kalo berikan kelesaan hidup walaupun sedikit mereka akan lupa byk perkara... Itulah yg diamalkan oleh UMNO sekarang...
Betul2, yg ni aku sokong, xkan la yg menentang nk puji lak…

tu tgk pade tafsiran org la..setau aku tun bukan kate hudud xleh buat, tp x releven tuk mase skg ni..nk 4 org saksi yg betul2 beriman, x penah tinggal solat, senang ke??aku pun xlengkap..ko lengkap solat?? kalo tunggu saksi camtu, smua pesalah lepas bro...

rohani teruk??ko malaikat pencatat dosa pahala ke?kita pun x tau mane yg benar, info kita dpt smua sumber ke berapa?ke 2?tah ke 4, 5 pun x tentu…

kalo la anwar naik, smua jadi equal, ape nak jadi la kat melayu generasi akan dtg..cth paling dekat, tgk la singapore cukup..

antara yg lupa, ko la...lupa budi dia yg jadi darah daging ko skg..
 
Dan memang benar ... Melayu nih kalo berikan kelesaan hidup walaupun sedikit mereka akan lupa byk perkara... Itulah yg diamalkan oleh UMNO sekarang...


yang ini aku memang setuju, Sepatutnya keselesaan itu mendorong kita bersyukur dan insaf, kemudian membantu sesama manusia, tetapi malangnya apabila dah selesa, dah ada niat nak kawin 2, dah jadi sombong dan yang paling ketara dah menjadi tamak. sebab itu TDM pernah berkata " Melayu Mudah Lupa ".

marilah kita sama sama berubah menjadi insan yang lebih baik dan maju dengan kesanggupan untuk "BERUBAH".
 
Setelah 10 tahun, negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat terpaksa menjilat ludah mereka sendiri. Namun mereka masih segan untuk mengakui ubat mujarab yang digunakan oleh seorang doktor dari Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang berjaya memulihkan kesakitan yang dialami oleh Malaysia hasil dari krisis matawang yang melanda negara-negara Asia Tenggara 1997-1998.

Semasa Malaysia dan jiran menghadapi krisis ekonomi yang amat teruk, mereka beramai-ramai mengutuk kepimpinan negara-negara ini sebagai mengamalkan dasar ekonomi yang sonsang dan lapuk. Mengikut mereka krisis ekonomi yang berlaku adalah atas kesalahan pemimpin ini yang mengamalkan korupsi dan nepostisma yang menyebabkan negara-negara ini patut “dideritakan” dengan menjatuhkan nilai matawang mereka. Tidak menjadi faktor kepada mereka bahawa ekonomi negara-negara ini telah berkembang dengan amat pesat selama hampir 10 tahun sebelum itu berlandaskan dasar-dasar ekonomi yang betul dan perancangan yang baik. Tidak juga menjadi faktor kepada mereka bahawa yang merudumkan matawang serta merobekkan pasaran saham Malaysia dan negara jiran adalah pengurus yang bekerja di bank dagang yang berada beribu-ribu batu dari negara ini yang tidak pun faham atau mahu faham tentang stuktur ekonomi dan sosial negara-negara ini. Yang amat menyedihkan ketika itu juga ramai dari rakyat negara-negara ini termasuk ketua pembangkang sekarang ini yang mengutuk dan mencemuh usaha Dr. Mahathir yang cuba memulihkan ekonomi negara.


Negara ini amat bertuah sebenarnya kerana mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir yang amat komited cuba memulihkan ekonomi negara ini tanpa memburukan keadaan sosial negara. Pengajaran atas apa yang berlaku pada 1969 dan apa yang berlaku kepada negara jiran semasa krisis itu munkin menjadi asas beliau untuk tidak membebankan rakyat walaupun semasa negara didalam krisis yang amat teruk. Bukan sahaja beliau bertindak tegas, tetapi segala tindakan yang dilakukan adalah setelah mengambil kira semua data dan rujukan yang sebenar. Setelah beliau dan NEAC (National Economic Action Council) yang ditubuhkan untuk menangani krisis ini benar-benar paham akar umbi masaalah yang dihadapi barulah NERP (National Economic Recovery Plan) dilakukan. Tambatan Ringgit untuk menstabilkan nilai Ringgit adalah salah satu dari dasar yang dilakukan. Selain dari itu negara melakukan tindakan-tindakan berikut:

a) Untuk menstabilkan pasaran saham, CLOB atau urusan saham di Singapura dihentikan.
b) Untuk menstabilkan sistem perbankan negara dua badan ditubuhkan iaitu Danamodal dan Danaharta.
c) Sebagai pemankin dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi, kadar faedah dikurangkan dan berbagai aktiviti ekonomi digerakkan.

Perkara utama yang dilakukan oleh kepimpinan Dr. Mahathir adalah mengembalikan kestabilan kepada matawang, sistem perbankan, kadar faedah dan kadar inflasi. Ini memberi keyakinan mendalam kepada rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur. Sebagai pemimpin yang baik, beliau tegas untuk melakukan apa yang perlu walaupun dikritik dan dicemuh oleh ramai pakar-pakar ekonomi termasuk dari IMF dan Bank Dunia. Pecacai-pecacai yang terdiri dari anak emas dunia barat juga ingin mengambil kesempatan dari krisis ini untuk agenda politik mereka dengan melakukan rusuhan untuk menggoncang kestabilan negara. Namun ketegasan Perdana Menteri ketika itu berjaya menstabilkan negara dan hasilnya terbukti setelah hampir 10 tahun kita melepasi krisis ini.

Penulis sempat menghadiri sebuah seminar semasa bekerja dibank dagang ditahun 2000. Seorang professor ekonomi dari negara barat yang terlibat dengan perbankan islam amat berbangga dengan usaha Malaysia mengatasi krisis ekonomi dibawah kepimpinan Dr. Mahathir. Beliau menyarankan agar rakyat Malaysia mengkaji dan mengkaji apa yang telah dilakukan oleh negara ketika itu kerana ia akan menjadi sejarah negara yang patut dibanggakan. Nyata beliau benar. Lapuran LAT-WP dan AFP minggu ini menunjukkan betapa dunia barat walaupun segan dan malu, terpaksa mengakui bahawa dasar-dasar yang dibuat oleh Malaysia sebenarnya adalah tepat dan berfaedah kepada negara. Bukankah apa yang dilakukan negara barat ketika ini “bailing out” bank-bank negara mereka adalah dasar yang mereka kutuk dahulu. Perkara pertama mereka lakukan adalah menghentikan “short selling” untuk menghentikan spekulasi yang akan mencetuskan lebih panik kepada pasaran. Bukankah itu yang Malaysia lakukan tapi mendapat kejian dari mereka. Sekarang ini baru mereka faham bahawa liberalisasi tanpa kawalan sebenarnya boleh membunuh ekonomi dan mengkucar-kacirkan sosial sesebuah negara. Bukankah ini yang Dr. Mahathir cuba jelaskan dahulu.

Kaplan & Rodrick, dua professor universiti utama Amerika telah membuat kajian tentang tindakan Malaysia berbanding negara-negara dibawah kawalan IMF, merumuskan bahawa kawalan dana kewangan Malaysia telah lebih berjaya. Perlu juga diingat bahawa tindakan berani Dr. Mahathir telah membuatkan IMF menukar dasar-dasarnya menjadi lebih lembut dan membantu pemulihan ekonomi dibawah kawalannya iaitu Indonesia, Thailand dan Korea. Dua orang pakar ekonomi dunia yang telah menerima Nobel Prize dalam bidang ekonomi iaitu Joseph Stiglizt dan Paul Krugman, walaupun tidak seratus peratus menyokong usaha negara ketika itu namun mempercayai bahawa Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat.

Bukankah sudah tiba masanya Dr. Mahathir sendiri dianugerahkan dengan Nobel Prize kerana setelah 10 tahun sepatutnya dunia akui bahawa tindakan beliau adalah bukti kepada penyelesaian sebuah krisis ekonomi. Atau sekurang-kurangnya Kerajaan Malaysia sekarang memberi penganugerahan yang sewajarnya.

Biasanya barat akan ambil benda yang menguntungkan dia di kemudian hari sahaja... Tapi apapun bangge je laa sbb Tun oang Mesia
 
Back
Top
Log in Register