BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa tiga gadis

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



SHAH ALAM 6 April – Bapa kepada tiga gadis yang aksi pertengkaran mereka dengan seorang pemandu teksi akibat perselisihan faham tersebar luas dalam media sosial akan dituduh di mahkamah esok kerana mencederakan pemandu kenderaan awam terbabit di balai polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap orang lain.

“Bapa gadis-gadis itu memang tidak mempunyai niat untuk mencederakan pemandu teksi namun disebabkan perasaan marah, dia tidak dapat mengawal emosi dan melakukan tindakan sedemikian.

“Walaupun dilakukan tanpa niat, salah tetap salah dan pihak kami terpaksa mendakwanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen derma darah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Hari ini, pemandu teksi berkenaan, Azmi Mat Mokhtar, 54, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini dengan empat pertuduhan merosakkan kereta jenis Perodua Myvi dan menumbuk tiga adik-beradik perempuan yang merupakan pemandu serta penumpang kenderaan terbabit, hujung bulan lalu.

Rabu lalu, satu rakaman video yang memaparkan pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi di Seksyen 7 di sini menjadi viral di media sosial.

Video selama dua minit 29 saat itu telah dimuat naik ke laman-laman sosial.

Berikutan itu, kedua-dua pihak tampil membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
 
Oo bapak dia pun ada bg penumbuk jgak
TT, tajuk kasik penuh la
 
aku igt sapela yg xabis isap susu bg tajuk separuh2
 
Dpn polis dia bantai... ingat power sgt datuk tu.
 
bapak 3 gadis tu ketua polis mana erkk,x pasal2 kena dakwa ngn balai lain.
ke sakadar gambar hiasan,ape kaitan gambar tu dengan kejadian plak.apa kaitan derma darah dengan kes tumbuk2 plak.org kena tumbuk hilang banyak darah ke
 
bapak 3 gadis tu ketua polis mana erkk,x pasal2 kena dakwa ngn balai lain.
ke sakadar gambar hiasan,ape kaitan gambar tu dengan kejadian plak.apa kaitan derma darah dengan kes tumbuk2 plak.org kena tumbuk hilang banyak darah ke
TT kene jawab nie...banyak persoalan yang timbul dan gambar yg kontoversi tak kene tajuk :))
 
OOo ni mesti lepas ambik report bapak budak tu, polis tu terus pergi derma darah..
 
“Bapa gadis-gadis itu memang tidak mempunyai niat untuk mencederakan pemandu teksi namun disebabkan perasaan marah, dia tidak dapat mengawal emosi dan melakukan tindakan sedemikian."

tukarkan kepada:

“Lelaki itu memang tidak mempunyai niat untuk merogol pemandu teksi namun disebabkan perasaan nafsu, dia tidak dapat mengawal emosi dan melakukan tindakan sedemikian"

dah dia yg tumbuk, mana pulak kata xde niat...apa daaa..
 
Back
Top
Log in Register