eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEREMBAN: Bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari meja di dalam bilik tidur di rumahnya di Lukut, dekat sini, malam Khamis lalu, ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, termasuk mengambil kira unsur kecuaian dan penderaan.
“Kita juga akan mendapatkan laporan perubatan dan bedah siasat lengkap bagi membantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Baljeet berkata, polis juga akan mendapatkan keterangan daripada ibu kanak-kanak itu dan beberapa individu lain.
Mekanik berkenaan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira jam 9 pagi sambil ditemani Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ibu mangsa berusia 26 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, Long Sok Zxiang dikatakan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera di kepala.
Ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu dikatakan seorang diri di dalam bilik tidurnya.
Kejadian itu disedari keluarganya selepas terdengar mangsa menjerit sebelum menemuinya dalam kesakitan lalu dikejarkan ke HTJS oleh keluarga dan jirannya.
Polis menjalankan siasatan kes kematian kanak-kanak itu mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mereka yang ada maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi IPD Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.