BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Cedera Anak Baling Remote TV

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836

Bapa cedera anak baling remote​

14 Mac 2023 01:54pm

2126190.jpg

Seorang lelaki, 41, ditahan kerana disyaki membaling alat kawalan televisyen ke arah bapanya sehingga cedera. -Foto 123rf (Gambar kecil: Mohamad Farouk)

AMPANG - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membaling alat kawalan televisyen ke arah bapanya sehingga cedera kerana tidak dibenarkan menonton televisyen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku berikutan selisih faham antara mangsa berusia 74 tahun dengan anak lelakinya, 41, di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, pada jam jam 7.30 pagi, Isnin.

"Punca kejadian disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen kerana tidak suka tindakan bapanya yang suka menguatkan suara televisyen.

"Suspek kemudian membaling alat kawalan jauh televisyen ke arah kepala mangsa sehingga dia mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, pengadu kemudian mendapat rawatan di Hospital Ampang berikutan kecederaan dialaminya susulan kejadian itu.

"Berdasarkan laporan diterima, kita telah menahan suspek yang tidak bekerja di lokasi kejadian jam 2.20 petang, hari yang sama," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas satu alat kawalan jauh televisyen yang digunakan oleh suspek ketika kejadian.

"Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala ujian awal saringan air kencing dilakukan didapati negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek

1. Lelaki
2. 41 tahun
3. Anak mangsa
4. Tidak bekerja
5. Tiada rekod jenayah
6. Negatif dadah

Mangsa

1. Lelaki
2. 74 tahun
3. Bapa suspek
4. Cedera di kepala

"Punca kejadian disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen kerana tidak suka tindakan bapanya yang suka menguatkan suara televisyen.
 
"Punca kejadian disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen kerana tidak suka tindakan bapanya yang suka menguatkan suara televisyen.

Biasa dah tu warga emas
Tahap pendengaran dah menurun
Kuat bagi kita tapi normal je suara televisyen tu sebab tahap pendengaran dah lemah
 
bapak nak tengok dunia jam sepuluh ke
 
bapak nak tengok dunia jam sepuluh ke

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku berikutan selisih faham antara mangsa berusia 74 tahun dengan anak lelakinya, 41, di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, pada jam jam 7.30 pagi, Isnin.

Tengok Tanyalah Ustaz gamaknya tuan sebab kejadian jam 730 pagi
 
Islam ke ni? ...tak ada nama pun

munkin Cha ... :)

(saya tak timbulkan isu rasis..just nak jawab..isu siaran agama....:)

munkin ayah dia tengok kartun kot....atau IQiyi..:) :) ... )

Tuan betul
Tak perasan pula tak ada dinyatakan nama suspek dan mangsa
Boleh jadi tengok siaran tertentu 😄
 
Back
Top
Log in Register