BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Bantula kami rakyat Kelantan untuk dapatkan Hiway

Apo nak susah susah mengemis..kalau kerajaan negeri kelantan@ pas ikhlas nak bantu rakyat kelantan dan rakyat kelantan sudi untuk mengeksploitasi keadaan..pru 13 ni bagi jer bn menang..bilo highway dah siap..duit royalti dah dapat balik..pru ke 14 pas amek balik lah..kan ke mudah..sebab kerajaan bn mesti akan buat highway dan macam macam lagi selepas menang pilihanraya untuk memenangi hati rakyat kelantan seterusnya...tapi itulah harga yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri kelantan @pas bagi merialisasikan impian rakyat tanpa perlu mengemis..(pandangan den ajo)

tak perlu dengan cara yg tak profesional nih,suruh kerajaan pusat bayar royalti minyak pastu suruh kerajaan menjalankan tanggungjawab dia terhadap rakyat itu yg sepatutnya atau pru13 nanti ramai2lah hamba rakyat kasi tumbang umngok yg menindas rakyat.Bg Bn perintah silap2 hari bulan habuk pun takdak semua janji2 kosong pastu sapu khazanah atau hasil bumi kelantan lg ada :))
 
adakah dgn lebuhraya baru ni akan mmbuatkan lebih ramai rakyat klantan membanjiri negeri2 lain?

aku tak sanggup...

cukup2 la org klantan dtg kt tempat aku..

penah kena tinggal dgn awek kelantan kot, kalo tak pun penah kena buli dgn org kelantan.

sukati org kelantan la diorang nak membanjiri negeri2 mana yg diorg nak.
 
takkan highway ajer ... ? tak nak mintak derma skali untuk buat rumah rakyat, jambatan, tiang elektrik dan lain2 kemudahan asas tu ... ?!!!
 
selamat beramal dan menderma kpd semua ahli cg
 
tak usah mnyalahkan org lain atas kegagalan diri sendiri..
tu maknanya kerajaan negeri tak pandai urus ekonomi...
tak perlu jadi pengemis utk buat lebuhraya...

kalau xnak bantu kelantan, jgn la mintak cukai dari org kelantan. jgn curi minyak kami juga.
 
salam.... nak tanye skit. Derma ni masih valid lagi ke? psl penah try awal bulan ari tu. transfer dari m2u tp reject.
 
Jajaran Lebuh Raya Rakyat siap 2025

July 20, 2022

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha memastikan pelaksanaan projek lebuh raya rakyat sebahagian komponen Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat direalisasikan.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 36 bulan lagi.

Beliau berkata, pemilihan kontraktor turut dilaksanakan untuk memastikan pembinaan lebuh raya tersebut tidak tergendala lagi.


“Kita menilai keupayaan kontraktor dari pelbagai sudut, jadi bagi kita pemilihan kali ini dianggap sudah tepat, mungkin ada masalah lain menyebabkan berlaku kelewatan sebelum ini.

“Bagi pembinaan projek tersebut kemajuan kerja 2.78 peratus jadual berbanding 2.92 peratus sebenar dan dijangka siap sepenuh bulan Mac 2025,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azami juga berkata, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan ahli parlimen Jeli Dato’ Seri Mustapa Mohamed ditubuhkan bagi pastikan pembinaan lebuh raya tersebut berjalan lancar.

Menurutnya pertemuan antara kerajaan negeri dan Persekutuan diadakan sebulan sekali bagi memastikan projek tersebut berjalan mengikut jadual.

Kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membina laluan tersebut.

Ia membabitkan jajaran 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab Machang. – HARAKAHDAILY 20/7/2022
 
Back
Top
Log in Register