BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantahan awal Anwar ditolak

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
PUTRAJAYA 23 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar rayuan pendakwa raya terhadap perintah agar pihaknya membekalkan dokumen berkaitan kes liwat kepada beliau.

Percubaan Anwar menemui jalan buntu selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak bantahan awal beliau bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hasan Lah sebulat suara menolak bantahan awal Anwar selepas berpuas hati bahawa perintah Mahkamah Tinggi agar dokumen tersebut dibekalkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah muktamad dan oleh itu boleh dirayu.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut menolak permohonan pemimpin pembangkang itu agar prosiding hari ini ditangguh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Panel hakim tersebut sebaliknya meneruskan pendengaran rayuan pendakwa raya.

Pada masa yang sama, panel itu turut mendengar rayuan balas Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi mendapatkan contoh spesimen pengadu kes, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24.

Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihaknya membekalkan dokumen-dokumen penting yang dipohon Anwar bagi membolehkannya menyediakan pembelaan dalam kes liwatnya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkannya dokumen-dokumen tersebut antaranya rakaman percakapan Mohd. Saiful, Dr. Osman Abdul Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain termasuk rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif blok 11 kondominium itu di antara 25 Jun dan 27 Jun tahun lalu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan peguam bela Anwar ketika mengemukakan bantahan awal berhujah, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kedua-dua rayuan itu kerana perintah Mahkamah Tinggi tersebut belum muktamad.

Beliau menguatkan hujahnya dengan menyatakan, perintah itu hanya muktamad dan boleh dirayu apabila ia diputuskan pada akhir perbicaraan.

Karpal berhujah, pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang berkuat kuasa pada 31 Julai 1998 menyatakan, keputusan hanya boleh dirayu apabila ia melibatkan penghakiman, hukuman dan perintah yang dimuktamadkan pada akhir perbicaraan.

Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan berhujah, keputusan Mahkamah Tinggi itu muktamad berdasarkan alasan bahawa pendakwa pada peringkat itu tiada pilihan selain mematuhi perintah agar dokumen itu dibekalkan.

Mohd. Yusof ketika berhujah pada prosiding rayuan menyatakan, pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana ia membuka ruang lebih luas kepada Anwar untuk memperoleh dokumen berhubung tuduhan yang dihadapinya.

Menurut beliau, Seksyen 51 CPC tidak membenarkan sebarang penemuan kepada bukti kes kerana ia akan mendedahkan pendekatan yang digunakan oleh pendakwaan bagi membuktikan tuduhan terhadap Anwar.

Mahkamah menetapkan Jumaat depan bagi mendengar hujahan lanjut pendakwaan.
 
kau nie asyik bantah bila bicara nie mau abis daaaaaaaaaaaaaa...dialog dalam filem anak bapak :eek:
 
kau nie asyik bantah bila bicara nie mau abis daaaaaaaaaaaaaa...dialog dalam filem anak bapak :eek:

tula pasal..asyik bantah jer..kalu lawan, lawan jer laa..lawan tetap lawan..ni asyik bantah :)):))
 
tula pasal..asyik bantah jer..kalu lawan, lawan jer laa..lawan tetap lawan..ni asyik bantah :)):))

lawan bantah kot :-? :))

saya bantah bantahan tuan hakim :eek:
 
Back
Top
Log in Register