balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan perkhidmatan link bergerak atau 'MobileLINK' bagi memberikan akses dan peluang yang lebih meluas kepada orang ramai untuk berurusan dengan bank pusat itu.
MobileLINK merupakan sebahagian daripada usaha bank untuk mempromosikan rangkuman kewangan dengan meluaskan lagi jangkauan kepada masyarakat.
"Usaha bank untuk mempromosikan rangkuman kewangan bertumpu terhadap meningkatkan akses kepada perkhidmatan perbankan asas, pembiayaan, pendidikan kewangan dan membangunkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan," kata Gobenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
Beliau berkata semakin ramai pengguna sudah memasuki aliran perdana ekonomi dan kewangan dan mereka yang terlibat dalam sistem kewangan dapat melakukannya secara lebih berkesan.
Beliau berkata akaun deposit meningkat daripada kira-kira 20,000 akaun deposit bagi setiap 10,000 orang dewasa pada 2000 kepada kira-kira 30,000 akaun deposit bagi setiap 10,000 orang dewasa tahun ini.
Begitu juga terdapat peningkatan ketara akaun pinjaman daripada 3,105 akaun pinjaman bagi setiap 10,000 orang dewasa kepada 8,600 akaun pinjaman bagi setiap 10,000 dewasa, katanya.
"Lebih daripada 80 peratus penduduk dewasa mempunyai akaun deposit. Ranking oleh Kumpulan Perunding Bank Dunia bagi membantu Golongan Miskin menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-20 di dunia," katanya.
Singapura di tempat ke-16, Thailand (33), Indonesia (70) dan Filipina (71).
Zeti juga berkata Pelan Tindakan Sektor Kewangan yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Dis, akan merencanakan arah tuju sistem kewangan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau berkata pelan tindakan itu memberikan keutamaan ke atas agensi rangkuman kewangan.
Antara bidang tumpuan ialah membangunkan saluran penawaran kecekapan kos bagi meningkatkan jangkauan terhadap perkhidmatan kewangan, meluaskan barisan produk dan perkhidmatan untuk mereka yang kurang mendapat kemudahan dan mengukuhkan aturan institusi bagi meningkatkan kapasiti penyedia perkhidmatan kewangan terbabit.
Zeti berkata MobileLINK akan memulakan perjalanannya hari ini untuk meliputi 50 peratus kawasan subbandar yang telah dikenal pasti di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
"Menerusi fasa pertama, perjalanan bermula di Mersing pada 17 Disember dan akan meneruskan perjalanan ke negeri-negeri di utara dan kemudian ke selatan serta Jerantut.
"Perjalanan ini akan selesai pada Disember 2012," katanya. - Bernama
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/BankNegaralancarMobileLINK/Article