BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank Islam naikkan BR, BFR hari ini

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyemak semula Kadar Asas (BR) daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, berkata penyemakan semula kadar itu adalah berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

"Semakan terakhir BR Bank Islam dilakukan pada 27 Julai 2016 semasa kadar disemak semula daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Islam di pautan www.bankislam.com.my untuk maklumat lanjut.

https://www.msn.com/en-my/news/national/bank-islam-naikkan-br-bfr-hari-ini/ar-BBIqQwp
 
makin susah la orang nak lulus loan.
 
Back
Top
Log in Register