eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Myanmar gagal bayar tunggakan, Bank Dunia tidak salur bantuan
20/05/2008 7:06pm
SINGAPURA 20 Mei – Pengarah Urusan Bank Dunia, Juan Jose Daboub berkata, bank itu tidak akan menyalurkan sebarang bantuan kewangan atau pinjaman kepada Myanmar kerana negara itu gagal membayar tunggakan sejak sedekad lalu.
Beliau sebaliknya berkata, Bank Dunia kini bekerjasama dengan negara ASEAN untuk menyalurkan bantuan teknikal bagi menilai kemusnahan di Myanmar dan membantu rancangan pembangunan semula ekonomi negara berkenaan.
“Tetapi bank daripada segi undang-undang, tidak boleh menyalurkan sebarang bantuan (kewangan) kerana ia masih mempunyai tunggakan sejak 1998,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan di sebuah universiti di sini, hari ini.
Daboub turut menolak kemungkinan Myanmar diberikan pengecualian kerana mendakwa ia kerugian melebihi AS$10 bilion (RM32.48 bilion) akibat Taufan Nargis dan sedia melancarkan satu persidangan rayuan antarabangsa bagi mendapatkan bantuan.
“Ketika ini, kami tidak berada pada kedudukan untuk menyalurkan sumbangan kepada Myanmar,” katanya.
Sekurang-kurangnya 134,000 orang mati atau hilang dalam bencana itu, sementara 2.5 juta lagi penduduk kini hidup melarat tanpa tempat perlindungan, makanan, air bersih dan bantuan perubatan.
Myanmar bersetuju membuka pintu kepada pasukan perubatan luar dari ASEAN, tetapi masih mengekalkan sekatan ke atas bantuan antarabangsa. – AP