BTC USD 85,579.0 Gold USD 4,121.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Maut !!!

ada tak korban banjir kat kg korang.
negeri mana ah!
 
Berita Harian: 13 Disember 2007

Lebuh Raya Pantai Timur antara terjejas, 28,695 mangsa banjir dipindah

KUALA LUMPUR: Banjir yang semakin buruk di beberapa negeri, terutama Johor dan Pantai Timur menyebabkan lebih 35 laluan termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) antara Karak dan Lanchang ditutup kerana ditenggelami air.

Kilometer (KM) 84.7 lebuh raya berkenaan ditutup sejak jam 9.30 malam kelmarin dan sehingga jam 5 petang semalam hanya laluan ke Kuala Lumpur dibuka untuk perjalanan ke kedua-dua arah, manakala laluan ke Kuantan masih ditutup kerana ditenggelami air.

Sehingga petang semalam, 28,695 mangsa banjir di empat negeri � Pahang, Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan dipindahkan, berbanding 18,521 orang kelmarin. Tiga lagi korban banjir turut dilaporkan, seorang di Segamat, Johor dan dua di Kelantan, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 11 orang.

Di KOTA BHARU, Pegawai Bertugas Bilik Gerakan Banjir Polis Kelantan, Inspektor Shahran Said, berkata 30 jalan di enam daerah di Kelantan ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air antara satu hingga dua meter mulai petang semalam.

Antara laluan berkenaan ialah KM 65 Jalan Kuala Krai-Machang berdekatan Jambatan Sungai Durian, Jalan Tanah Merah-Kusial, Jalan Rantau Panjang ke Lalang Pepuyu, Tanah Merah, KM 38 Jalan Jeli ke Kuala Balah, Dabong dekat Kampung Reka.

Jalan PCB-Kota Bharu yang ditenggelami air pula hanya boleh dilalui kenderaan berat, manakala beberapa jalan sekitar Kota Bharu turut di tutup termasuk Jalan Wakaf Mek Zainab, Jalan Post Office Lama dan Jalan Merbau.

Polis menempatkan dua anggota di setiap jalan yang ditutup bagi memaklumkan orang ramai mengenai jalan alternatif yang boleh dilalui.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang menurun kepada 1,266 orang petang kelmarin, pula meningkat mendadak kepada 2,637 orang petang semalam, manakala pusat pemindahan di Jeli dan Gua Musang yang sebelum ini ditutup, dibuka semula.

Di JOHOR BAHRU, antara jalan yang ditutup ialah KM 7 Jalan Tungku Tiga (Jambatan Sungai Rangla), KM 1.5 Jalan Tumang/Simpang Loi (Paya Lang) dan Jalan Kuala Paya-Balai Badang di daerah Segamat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, Jalan Segamat-Tangkak juga ditutup kepada semua kenderaan dan pengguna dari Segamat dinasihatkan menggunakan Jalan Tasik Alai serta Jalan Batu Anam dari arah Muar.

Di Batu Pahat, Jalan Parit Sulong ke kilang Munchy's ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan tanah runtuh.

Seramai 13,817 mangsa daripada 3,313 keluarga dipindahkan ke 77 pusat pemindahan di seluruh Johor dengan Segamat mencatat angka tertinggi, 8,558 penduduk daripada 2,120 keluarga, di Johor Bahru (4,422 orang, 1,016 keluarga), Kluang (340 orang, 74 keluarga), Batu Pahat (150 orang, 30 keluarga), Kota Tinggi (21 orang, lima keluarga) dan Mersing (113 orang, 25 keluarga).

Di KUANTAN, Temerloh menjadi daerah terbaru di Pahang dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 10,380 orang daripada 2,159 keluarga semalam, berbanding 4,436 orang daripada 849 keluarga, kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, berkata 476 orang daripada 104 keluarga dipindahkan ke 37 pusat pemindahan di Temerloh yang dibuka awal pagi semalam berikutan air naik lebih satu meter di beberapa kampung.

Di SEREMBAN, banjir di Gemas tidak banyak berubah dengan 165 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, 260 orang daripada 63 keluarga mangsa banjir di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun yang ditempatkan di pusat pemindahan sehingga lewat malam kelmarin, dibenarkan pulang, semalam.

Kumpulan pertama iaitu seramai 68 orang daripada 16 keluarga dari Kampung Shukor dibenarkan pulang, kira-kira jam 12 tengah hari.
 
Back
Top
Log in Register