BTC USD 81,310.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

LIMPAHAN AIR BAH 2023
03/03/23
8.30pagi
PANCHOR MULA KARAM
BERSIAP SEDIA UNTUK BERPINDAH
PIHAK BERWAJIB DIMINTA LEBIH TERATUR DALAM PENGURUSAN BENCANA dan PENYELARASAN PPS


Pekan aku ni, tp masih boleh lalu.
kalau hujan lg maybe akan tenggelam.
mcm kampung aku walau dekat dengan sungai tp jadi kampung last tenggelam.
Alhamdulillah banyak masa nak kemas or nak pantau.
kalau laluan jambatan gersik tu tak tenggelam boleh lalu situ masuk tol bukit gambir p ke pagoh sbb pusat pindah kampung aku area muar
 
LALULINTAS LOKASI BANJIR (LALUAN DINAIKI AIR) BSPTD MUAR

#Muar 3 Mac 2023. Info lalulintas lokasi banjir.

JALAN DITUTUP (Untuk Semua Kenderaan)

1. Jalan Muar-Labis (J32)
KM59 - KM61
(Landmark:- Sebelum Jamb. Sungai Tui)
- Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

2. Jalan Tekam-Pogoh (J41)
KM2 – KM8
(Landmark:- Selepas Jamb. Sungai Labis)
- Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

3 . Jalan Muar-Labis (J32)
KM48 - KM49 (Batu 29)
(Landmark:- Sebelum 99 Speedmart)
-Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

4 . Jalan Muar-Labis (J32)
KM53 - KM58 (Batu 32)
(Landmark:- Selepas Masjid Kampung Jawa ke Pekan Bukit Kepong)
- Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

5 . Jalan Durian Chondong (J34)
Sempadan Tangkak
KM0.5 – KM3.0
(Landmark:- Jambatan Sungai Muar)
- Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

6 . Jalan Tekam Pogoh (J41)
(Landmark:-Kebun kelapa sawit)
- Semua jenis kenderaan tidak boleh dilalui

JALAN DINAIKI AIR

Jalan Muar - Labis (J32)
(Landmark:- Sebelum kg Jawa)
- Semua jenis kenderaan berat boleh dilalui & kenderaan ringan tidak boleh dilalui

LALUAN ALTERNATIF

Laluan Alternatif dari Muar/Pagoh ke Segamat/Labis :
Alternatif dari Muar/Pagoh untuk ke Segamat boleh melalui Jalan Muar - Labis J32 - masuk Jalan Panchor (J137) - Jalan Bukit Gambir (J33) - Jalan Sengkang (J143) - Jalan Durian Chondong (J34) ke FT23. (Jementah-Segamat).

Alternatif dari Muar/Pagoh untuk ke Labis boleh melalui Jalan Muar - Labis (J32), Jalan Kampung Raja-Moakil (J230), Jalan Felda Moakil (FT1417) dan masuk Jalan FT001 (ke Labis).

Pemantauan masih diteruskan.
 
Back
Top
Log in Register