BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

Kg melayu, kluang..
1E7DB34F-6D06-42CD-9BD8-B303AF887FA5.jpeg
 

Attachments

tak silap ni masjid chaah tu kan.. sblh petronas
Bang..kalau ikut tangkak pun problem la..td baru dpt update dari group family..jambatan cenderawasih dah nk tembus air..ni sy sertakn video.. maksudnya jln segamat kuantan ade potensi putus jgk tu..
 
Bang..kalau ikut tangkak pun problem la..td baru dpt update dari group family..jambatan cenderawasih dah nk tembus air..ni sy sertakn video.. maksudnya jln segamat kuantan ade potensi putus jgk tu..
Ui tingginya air..mekasih infonya jang..

Kene naik highway la jwbnya ni..
 
Tiga staf JKM nyaris panjat pokok kelapa sawit selamatkan diri..

➡️TANGKAP layar dua pegawai wanita JKM Batu Pahat berpeluk kegembiraan selepas dihampiri bot yang datang menyelamatkan mereka..

1 Mac 2023, 5:56 pm

BATU PAHAT: Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nyaris memanjat pokok kelapa sawit untuk menyelamatkan diri sekiranya paras air banjir terus meningkat.

Namun, mereka bernasib baik apabila diselamatkan sebelum terpaksa berbuat demikian dalam kejadian berhampiran Parit Haji Kamisan di Yong Peng semasa dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS), namun kenderaan pacuan empat roda dinaiki terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam.

Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa beliau dan rakan sekerja, Herlinda Abd. Majid, 42, dan pemandu mereka, seorang lelakinya berusia 46 tahun melalui jalan tersebut sebelum air banjir naik dengan cepat dan arusnya semakin deras,

“Kenderaan kami terperangkap di kawasan kebun kelapa sawit yang dinaiki air. Jalan itu menjadi antara laluan ke PPS berkenaan. Pada awalnya air banjir naik hanya pada paras sederhana namun semakin tinggi sehingga melebihi satu meter.

“Keadaan itu juga mengakibatkan pacuan empat roda jenis Ford Everest dinaiki kami hanyut ke tepi. Air terus naik sehingga memaksa kami naik ke atas bumbung kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kira-kira sejam berdepan situasi mencemaskan itu dan ketika sudah bersedia untuk memanjat pokok kelapa sawit kerana air semakin naik, dua lelaki menaiki sebuah bot datang menyelamatkan mereka.

“Saya tidak tahu boleh hidup lagi atau tidak. Air menghampiri bumbung kereta dan kami ketika itu sudah bersiap sedia untuk berpaut pada pokok kelapa sawit.Tidak lama selepas itu kami mendengar bunyi bot dan ketika itu masing-masing menjerit meminta bantuan sambil melambai-lambaikan tangan.

“Hanya Tuhan saja mengetahui perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” katanya.

Siti Nadiah berkata, kesemua barang yang dibawa dalam kenderaan termasuk makanan, minuman serta borang pendaftaran rosak, namun mereka bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ini adalah kejadian kali pertama seumur hidup dan kami tidak akan lupakan dan akan dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati pada masa depan. Kami berterima kasih kepada keluarga, kenalan dan rakan sekerja yang mendoakan keselamatan kami.

“Kebiasaannya kami mangsa, namun kali ini kami sendiri berdepan dengan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hampir tenggelam,” katanya. – UTUSAN
 
gemas pun dah naik air semalam. byk jalan putus putus dah. sana hujan tak benti benti ker?
 
𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞

𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟑
𝟕.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢

𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝟏.𝟔𝐤𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧.
(𝐋𝐚𝐧𝐝𝐦𝐚𝐫𝐤 : 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚)
 
Back
Top
Log in Register