BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,106.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangsa Yang Sudah Rosak

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31
Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya

Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal

Di waktu itu bukan mudah dibaikpulihkan semula

Bangsa yang jiwanya sudah rosak ilmu akan disalah guna

Kecerdikannya akan dijadikan jerat dan perangkap mangsa tipuannya

Jawatan dan pangkat yang diberi itu adalah perniagaannya untuk mencari untung

Atau ia akan menjadikan ladang atau aset tempat mencari kekayaan

Setiap amanah yang diberi dianggap ghanimah

Yang tidak ada ilmu atau jawatan, dia akan buat apa sahaja,

yang penting adalah kesenangan

Mencuri, tipu, bunuh, rompak, pedaya dan lain-lain cara

Yang penting boleh cari makan, boleh hidup, boleh senang,

sekalipun mengorbankan kesenangan orang

Di waktu itu kasih sayang musnah, perpaduan punah

Hidup macam haiwan, macam syaitan, yang kuat menindas yang lemah

Curiga-mencurigai satu sama lain pun datang

Prejudis yang tidak dapat dikawal perasaan

Duduk di tengah masyarakat terasa seorang

Duduk seorang bimbang, duduk di tengah masyarakat terpaksa kerana keperluan

Indahnya tiada, curiga-mencurigai tetap ada, senyum hanya dibuat-buat

Percaya-mempercayai sudah tidak ada

Aduh seksanya hidup bermasyarakat

Bergaul sesama manusia, macam bergaul dengan binatang buas

Sentiasa waspada, curiga, sentiasa awas, berjaga-jaga

Begitulah kalau satu bangsa jiwanya sudah rosak

Mereka terperangkap dengan ketakutan sesama manusia

Siapalah yang hendak memulihkan jiwa mereka?!

Ia perlukan seorang pemimpin yang cukup hebat wibawanya

Pemimpin yang dibantu oleh Allah mendidik dan memimpin mereka

Itu pun mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun juga lamanya
 
dalam dunia ni, bangsa apa yang tiada ciri-ciri di atas?


 
dalam dunia ni, bangsa apa yang tiada ciri-ciri di atas?




Jepun? Kalau jepun adalah negara Islam, mesti bagus kan dah saling hormat hormati. tapi kalau nak diikutkan, semua bangsa pun dah condong ke arah lain skang. ok Salam Jumaat.
 
Jepun? Kalau jepun adalah negara Islam, mesti bagus kan dah saling hormat hormati. tapi kalau nak diikutkan, semua bangsa pun dah condong ke arah lain skang. ok Salam Jumaat.

jepun?

jepun at least ada 3 ciri dari yang dinyatakan di atas.:D

point last tue aku highlight kan.
sebab itu yang penting.

tiada guna bincang bangsa, lebih elok bincang agama.
sebab tiada agama yang mengarahkan penganutnya berbuat mungkar.:)
 
sape wat puisi ni?bgus djdkan pdoman..
 
on da spot...fikiran ku ke arah umnooooo.......:D:D:D
 
Yezza betul tu. Agama datang dahulu.:)cgrock

jepun?

jepun at least ada 3 ciri dari yang dinyatakan di atas.:D

point last tue aku highlight kan.
sebab itu yang penting.

tiada guna bincang bangsa, lebih elok bincang agama.
sebab tiada agama yang mengarahkan penganutnya berbuat mungkar.:)
 
kalu ikut kefahaman aku..puisi tuh merujuk kepada bangsa yahudi..:D
 
Back
Top
Log in Register