BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banglo dibina semula runtuh

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Banglo dibina semula runtuh

pix_middle

KUALA LUMPUR: Sebuah banglo mewah dua tingkat milik seorang Datin yang dalam proses pembinaan semula, runtuh dipercayai kerana struktur bangunan yang tidak kukuh, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, hampir 80 peratus banglo di Simpangan Tunku, Bukit Tunku, runtuh dan ketika itu sembilan pekerja melakukan kerja pembinaan.


Namun, semua pekerja terbabit yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita terselamat. Hanya seorang pekerja lelaki warga India cedera ringan ketika menyelamatkan diri.


Difahamkan, kerja pembinaan semula banglo mewah itu dijalankan sejak satu setengah tahun lalu dan pelan pembinaannya diluluskan pada 18 Jun 2007.


Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergegas ke tempat kejadian bagi memantau runtuhan terbabit dan selepas siasatan dilakukan serta pasti tiada mangsa yang tertimbus, pasukan itu beredar kira-kira tiga jam kemudian.


Selain itu, terdapat sebuah lagi bangunan yang dalam pembinaan terletak beberapa meter dari banglo yang runtuh itu, namun tidak terjejas atau mengalami kerosakan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mengesahkan kejadian dan menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan, hanya seorang pekerja warga India cedera ringan.

-- H.Metro
 
kat bukit tunku...seram2..ehehhee
 
Back
Top
Log in Register