BANKRAP,
MUFLIS;
JI merupakan pihak yang
bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.
Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP,
segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada Pegawai Insolvansi (PI) untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.
Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah
persepsi bahawa PI merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.
Gangguan
``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.
``Mereka ingat JI dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''
Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PI kepadanya. PI memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses
bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.
Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.
Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PI dan menyediakan
semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PI dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan
berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.
Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PI tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.
PI hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000,
harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.
Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PI akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.
`
JI bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.
`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin./Arkib Utusan.