BTC USD 84,512.2 Gold USD 4,131.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangkit segera

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
TIDAK kira apa acara sekalipun, beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu mengembalikan kecemerlangan dalam tempoh empat bulan daripada sekarang.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her berkata, pasangan tersebut tidak boleh mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali berada pada tahap prestasi sebenar memandangkan tarikh tutup bagi mengumpul mata ke Sukan Olimpik 2012 di London akan berakhir April tahun depan.

“Ketika ini jurulatih mereka (Pang Cheh Chang) sedang bekerjasama dengan jurulatih Korea Selatan yang baru dilantik (Yoo Yong-sung) bagi memulihkan semula prestasi beregu utama negara itu.

“Yong-sung telah membuat satu program latihan baharu buat Kien Keat-Boon Heong dan ia telah pun dilaksanakan baru-baru ini. Jadi, ia akan mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya.

“Namun, saya telah mengingatkan kepada Cheh Chang dan Yong-sung agar tidak mengambil masa terlalu lama kerana kita sudah kesuntukan masa.

“Apa yang paling penting, Cheh Chang dan Yong-sung perlu memastikan Kien Keat-Boon Heong kembali bangkit, ” kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Kim Her, pihaknya tidak meletakkan apa-apa sasaran buat Kien Keat-Boon Heong untuk muncul juara dalam mana-mana kejohanan selepas ini tetapi cukup sekiranya kedua-dua pemain itu mampu menewaskan lawan yang menduduki kedudukan ranking lebih tinggi daripada mereka.

“Jika tidak berjaya muncul juara sekalipun, Kien Keat-Boon Heong perlu membuktikan ada peningkatan dalam prestasi mereka dengan menewaskan lawan memiliki kedudukan ranking lebih tinggi.

“Buat masa ini, kami menyenaraikan sahaja nama Kien Keat-Boon Heong dalam semua kejohanan termasuk bertaraf GP (Grand Prix) emas. Ia bagi memastikan ranking mereka tidak jatuh.

“Namun, itu tidak bermaksud semua kejohanan Kien Keat-Boon Heong perlu sertai kerana ia juga bakal bergantung kepada situasi semasa,” jelas Kim Her.

Sebelum ini, prestasi ala yo-yo yang dipamerkan beregu utama negara itu ternyata mencetuskan kebimbangan, apatah lagi kedua-dua pemain tersebut diletakkan sebagai sandaran untuk menyumbangkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2012.

Namun, sandaran itu kini seolah-olah terlalu sukar untuk direalisasikan selepas melihat prestasi tidak menentu Kien Keat-Boon Heong sehingga menyaksikan mereka gagal meraih sebarang kejuaraan dalam mana-mana kejohanan sepanjang tahun ini.

Terbaharu, Kien Keat-Boon Heong gagal melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Akhir 2011 yang sedang berlangsung di Liuzhou, China ketika ini.

Ini kerana, pasangan tersebut tewas dalam ketiga-tiga perlawanan pada aksi peringkat Kumpulan B.

Pada aksi pembukaan Rabu lalu, kemarau kemenangan Kien Keat-Boon Heong ke atas beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung berterusan selepas tewas 21-18, 15-21, 18-21.

Keesokan harinya, hasrat Kien Keat-Boon Heong untuk mara ke peringkat separuh akhir sekurang-kurangnya muncul selaku naib juara Kumpulan A berkecai apabila tewas mudah ditangan pasangan ranking No. 3 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 14-21, 6-21.

Kien Keat-Boon Heong menutup tirai kejohanan tirai kejohanan tanpa sebarang kemenangan apabila turut tewas ditangan Mohammad Ahsan-Bona Septano dari Indonesia 21-19, 19-21, 14-21 pada aksi terakhir Kumpulan B semalam.
 
pasangan harapan malaysia ni dah xbagus..pelapis pun xde dah
 
Selamat tinggal emas olimpik
 
corak taktikal tak banyak berubah...kurang menyengat bila attack..
 
Dulu masa pasangan ni naik mendadak ramai pertikaikan dgn kata mereka naik terlalu cepat & Byk kelemahan2 perlu dilihat, terutama TBH. Nampaknya pasangan ini telah "konfius" dgn prestasi mereka sendiri hingga menyebabkan jatuh merudum & tenat.

Lain Kali kalau Ada pemain2 Negara yg cepat naik, jgnlah Ada pihak yg komen melebih2 Dlm media....jgn kelirukan diorg... Jgn kata naik terlalu cepat & ada byk kelemahan....Kesannya KKK/TBH main dgn kekeliruan beberapa thn ni....corak permainan dh menurun byk
 
Last edited:
bila pemain cepat riak n salahkan tok guru,tulah balasan yg diterima...semua game dia tak menjadi....main pun mcm mengada2...
 
Back
Top
Log in Register