BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banduan lolos ditangkap semula

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
Fardy Bungga
[email protected]


Kuala Lumpur: Banduan lelaki berusia 42 tahun yang melarikan diri ketika mendapat rawatan di Hospital Kajang ditahan semula di rumah kongsi tapak pembinaan di Jln PJU 10/9 Prima Damansara, 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 Kuala Lumpur menyerbu tapak pembinaan berkenaan.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, pasukan polis menyedari seorang individu terjun dari tingkap dan terus melarikan diri.


"Anggota polis terpaksa mengejar banduan berkenaan dan berlaku pergelutan sebelum suspek ditahan semula.

"Dengan dipandu arah oleh suspek, polis menemui gari yang dipotong dan alat pemotong besi di dalam rumah kongsi tapak pembinaan berkenaan," katanya.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan diserah kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya.

• Lolos dalam rawatan​
 
Jauh juga dia boleh sampai dengan bergari.
 
Dah plak, cuma tak cukup level prison break lagi
 
Ikutlah Indonesia pasang cip RFID dalam setiap penjenayah.
 
Malaysia ni kecik ja, mau lari mana, dah lari ni, mau kena tambah lagi

Jangan terpengaruh dgn film hollywood
 
Back
Top
Log in Register