eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON: Seorang penjenayah yang mencemuh polis menerusi Facebook selepas melarikan diri dari penjara empat bulan lalu, ditangkap semula, semalam.
Craig 'Lazie' Lynch, 28, yang digelar 'banduan pelarian Facebook' yang gambar profilnya menunjukkan dia mempamerkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengahnya, menarik beribu-ribu 'sahabat' dari seluruh dunia.
Terdapat juga Facebook berasingan, 'Di mana Craig 'Lazie' Lynch,' yang meminta maklumat untuk membolehkan dia ditangkap.
Lynch menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana merompak. Dia melarikan diri dari penjara berhampiran Woodbridge di Suffolk, September lalu.
Lynch kini berdepan dengan hukuman penjara lebih lama selepas menghadapi tuduhan melarikan diri dari penjara setelah ditangkap di Kent.
Seorang jurucakap polis London mengesahkan Lynch ditangkap tetapi tidak dapat memberitahu sama ada maklumat yang dihantar ke Facebook membantu polis menjejakinya. - Agensi