BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bandar Raya New York 'Diserang' Tikus

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836

Bandar raya New York 'diserang' tikus​

18 Oktober 2022 11:22am
Masa membaca: 1 minit

1948598.jpg


Jalan-jalan di New York, Amerika Syarikat sedang bergelut dengan isu infestasi tikus. - Foto 123RF


WASHINGTON - Jalan-jalan di New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat sedang bergelut dengan isu infestasi (serangan) tikus, memetik data terkini.

Serangan tikus meningkat 70 peratus berbanding tempoh sama dua tahun lalu, lapor Xinhua memetik rangkaian berita tempatan FOX 5.

Lebih 21,500 penampakan tikus dilaporkan antara 1 Januari dan 30 September tahun ini berbanding 18,601 untuk tempoh sama tahun lalu.

Sepanjang April, penduduk New York melaporkan melihat sekitar 7,400 tikus.

Menurut Fox 5, pada akhir bulan ini Majlis Bandaraya New York akan mengundi untuk pelan tindakan bagi mengatasi isu itu.

Pelan itu membabitkan kos kira-kira AS$5 juta (RM23.6 juta) namun, menurut pakar dana itu tidak mencukupi.

Rekod menunjukkan kira-kira 300,000 penduduk New York telah berpindah dari bandar raya itu pada musim bunga 2020. - Bernama

 
penduduk terlalu ramai pun tak bagus gak... menang pada kepadatan penduduk.. tapi dari segi kebersihan mmg out... now... bandar paling kotor.... ok laaa... semua NY dapat
 
Yeke ni...
Mcm scam je berita ni....
Den kurang cayo kalo west2 kotor mcm ni....
Tak west lansung...
😝😝😝
 
penduduk terlalu ramai pun tak bagus gak... menang pada kepadatan penduduk.. tapi dari segi kebersihan mmg out... now... bandar paling kotor.... ok laaa... semua NY dapat

New York ni dikategorikan sebagai Metropolis
Penduduk melebihi 20 juta orang
Jadi memang risiko untuk banyak sampah tu tinggi bila penduduk ambil mudah bab sampah
 
Back
Top
Log in Register