mdnor34
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,734
- Joined
- Nov 12, 2008
- Messages
- 48,734
- Reaction score
- 413
- Points
- 141
BAM tolak semua calon
KUALA LUMPUR - Enggan mengambil risiko gagal memiliki pingat emas pertama Sukan Olimpik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk menolak semua empat calon akhir yang telah ditemuduga bagi jawatan Pengarah Prestasi Tinggi (HPD) sejak lebih seminggu lalu, sebaliknya membentuk sebuah Pasukan Prestasi Tinggi (HPT).
Bukan saja semua calon itu dianggap tidak sesuai bagi mengisi jawatan tersebut, malah BAM percaya, pembentukan sebuah pasukan, yang terdiri daripada gabungan tiga individu adalah lebih relevan ketika Temasya London hanya tinggal enam bulan lagi, berbanding pelantikan individu.
Setiausaha BAM, Ng Chin Chai akan mengetuai HPT bersama bekas HPD, Datuk James Selvaraj serta Pengarah Bahagian Dasar, Penyelarasan dan Hal Ehwal Korporat Institut Sukan Negara (ISN), Kol (B) Wong Ah Jit.
Peranan pasukan itu adalah merencana program persiapan pemain enam bulan menjelang Sukan Olimpik, dengan misi utama adalah mencari emas.
Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengakui, mereka gagal menemui calon yang sesuai untuk mengisi jawatan HPD selepas menemuduga dua bekas pakar beregu, Razif Sidek dan Yap Kim Hock, pakar sains sukan, Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad serta Lim Han Peng dari Singapura.
"Kami perlu membuat satu penyelesaian untuk jangka pendek dan mesyuarat exco hari ini memutuskan, satu pasukan adalah lebih baik berbanding individu, sebab itu kami membentuk Pasukan Prestasi Tinggi.
"Kami tidak mahu mengambil risiko terlepas peluang terbaik untuk memenangi pingat emas, jadi kami kena buat keputusan paling tepat untuk merangka program beberapa bulan sebelum Olimpik. Saya percaya, semua individu yang dilantik ini memiliki kepakaran masing-masing dan akan membentuk gabungan yang baik dalam mencari idea.
"James adalah pakar dalam teknikal, Ah Jit pula memiliki kepakaran sains sukan, manakala Chin Chai sangat berpengetahuan luas mengenai badminton dan pengurusan kerana dia adalah setiausaha BAM, malah akan bertindak sebagai pengurus pasukan pada Sukan Olimpik," ujar Nadzmi selepas mempengerusikan Exco BAM di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.
Jelas Nadzmi lagi, HPT hanya ditubuhkan untuk menghadapi Sukan Olimpik, bermakna jawatan HPD akan dibuka semula kepada calon yang layak sebaik Temasya London, 27 Julai hingga 12 Ogos ini berakhir.
Sementara itu, mesyuarat exco semalam turut memutuskan barisan pemain yang akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Thomas/Uber di Macau, 14-19 Februari ini dan tidak mengejutkan apabila nama bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim turut tersenarai.
Hafiz akan mengisi slot perseorangan bersama jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Liew Daren dan Mohd. Arif Latif manakala dalam beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengetuai senarai bersama Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang.