ARIFFX
Legendary Member

- Messages
- 12,041
Paid Membership
- Joined
- Mar 27, 2008
- Messages
- 12,041
- Reaction score
- 160
- Points
- 123
04:18:11 AM Cetak Emel Kawan
Prestasi cemerlang pemain badminton Pahang yang mengejutkan pemain pelapis negara pada Sukan Malaysia (SUKMA) perlu diberi perhatian Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah menegaskan, jawatankuasa itu tidak perlu menunggu lama untuk memanggil pemain berkenaan untuk diserapkan dalam skuad pelapis memandangkan usia mereka masih muda. Beliau tidak mahu bakat pemain berkenaan berakhir ketika negara ketandusan pemain berkualiti untuk bersaing di pentas antarabangsa.
“"Saya percaya jika mereka diberi peluang dan bimbingan yang sempurna, Malaysia tidak ketandusan pemain untuk diketengahkan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik" - Tengku Kamil Ismail Timbalan Presiden BAM
“Saya harap apabila jawatankuasa ini pulang dari Sukan Olimpik London, mereka dapat memanggil pemain yang beraksi cemerlang pada SUKMA lalu dan jangan dibiarkan bakat mereka berakhir.
“Jika tidak menyenaraikan mereka dalam skuad pelapis, kita tidak dapat menilai prestasi mereka kerana jika tidak bagus, sudah pasti mereka tidak boleh tewaskan pemain pelapis.
"Saya percaya jika mereka diberi peluang dan bimbingan yang sempurna, Malaysia tidak ketandusan pemain untuk diketengahkan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik," katanya di Kuantan, semalam.