BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BAM perlu berdikari

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
su_04.1.jpg

Rosmah Mansor dan Presiden BAM, Nadzmi Mohd Salleh meraikan wira-wira badminton Malaysia pada malam penghormatan Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan di Palace The Golden Houses, Kuala Lumpur kelmarin​

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berdikari untuk mengekalkan akademi badmintonnya tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan, kata penaung badan badminton negara itu, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, ada pelbagai kaedah yang dapat dilakukan BAM untuk membolehkan akademi itu terus kekal dan berkembang, termasuk membawa pemain asing yang akan membayar untuk dilatih pemain dari Malaysia.

"Saya harap BAM mencari jalan untuk mengekalkan akademi badminton kerana kita tidak boleh banyak bergantung kepada kerajaan.

"Saya juga harap badminton akan berkembang ke negara lain. Ia semakin popular di negara Timur Tengah dan blok barat," kata beliau dalam ucapannya pada Malam Penghargaan Jasamu Dikenang BAM di sini, kelmarin.

Sementara itu Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh dalam ucapannya berkata, badan badminton itu perlu melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk membekalkan pemain badminton berkualiti buat negara.

"Kita perlu memenangi lebih banyak kejuaraan berprestij untuk mendapatkan kepercayaan penaja dan syarikat yang mahu mengembangkan jenama mereka menerusi badminton," kata Nadzmi.

Turut hadir pada malam penghargaan itu adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri yang juga bekas Penaung BAM, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Malam penghargaan yang julung kali diadakan itu adalah bagi menghargai sumbangan legenda badminton yang telah menyumbang pelbagai kejayaan buat Malaysia sepanjang 60 tahun, malah turut diraih jaguh generasi kini seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain masa depan.

Pemenang-pemenang Piala Thomas dan pingat Olimpik seperti Datuk Eddy Choong, Teh Kew San, Rashid Sidek, Foo Kok Keong dan Cheah Soon Kit antara yang hadir menerima penghargaan.

BAM menjemput semua anggota pasukan yang telah menjulang Piala Thomas pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992, selain skuad yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia 2011, diketuai juara perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkifli.
 
tu diaaa....Menteri Belia dan Sukan yg tak rasmi dah bersuara dahhh....
 
Back
Top
Log in Register