BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balqis Textiles bakal tembusi pasaran UK

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg


image.jpeg

Pekerja Balqis Textiles sedang menyiapkan uniform yang ditempah.

image.jpeg

Kilang Balqis Textiles Manufacturing Sdn Bhd.


SELEPAS membuka sebuah kedai menjahit baju kurung dan baju Melayu di Bandar Country Home, Rawang lima tahun lalu, Pengarah Urusan Balqis Textiles Manufacturing Sdn Bhd (Balqis Textiles), Datuk Syed Mohammed Izhaar Syed Mohd Sebir tidak menoleh ke belakang lagi.

Berbekalkan semangat tinggi dan dengan hanya sebuah mesin jahit serta seorang pekerja pada 2009, perniagaan Syed Mohammed Izhaar kini berkembang pesat dan sudah mempunyai 500 pekerja serta 500 mesin di kilang baharunya di Kundang, Selangor.

Memulakan cerita beliau berkata, keputusan membuka kedai jahit itu banyak membantu beliau dan isterinya yang juga Pengarah Eksekutif, Datin Azlina Hamid meneroka bidang tekstil.
Jakel beri peluang

Syed Mohammed Izhaar, 37 berkata, melihat pasaran perniagaan tekstil pada 2010, beliau mula mengorak langkah menemui Jakel untuk menjahit baju kurung dan baju Melayu yang dijual di gedung pakaian itu.

“Alhamdulillah, Jake beri peluang kepada kami tetapi bukan jahit pakaian tapi menjahit tudung jenama Hajra. Pada waktu itu, saya hanya mempunyai seorang pekerja dan Jakel cadang supaya saya tambah pekerja bagi memastikan kami menyiapkan tempahan mengikut masa.

“Walaupun keuntungan bersih setiap sehelai tudung hanya 20 sen dan upah jahit adalah RM2 hingga ke RM10, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus ambil tempahan tudung daripada Jakel. Pada waktu itu kami hanya mampu hasilkan 9,000 helai tudung sehari.

“Alhamdulillah, kini kami boleh menghasilkan kira- kira 80,000 helai tudung dalam masa sebulan. Saya mahu menerima tempahan tudung daripada syarikat ini kerana melihat kepada permintaan pasaran yang tinggi pada masa akan datang,” katanya.
Modal sendiri

Syed Mohammed Izhaar berkata, beliau tidak memerlukan modal yang besar dalam membangunkan perniagaannya.

“Sebelum ini saya mempunyai tiga pusat dialisis di Tanjung Malim Perak, Kampung Subang dan Kampung Medan, Selangor. Oleh kerana saya ingin menumpukan perniagaan dalam bidang tekstil, akhirnya saya menjual ketiga- tiga pusat dialysis saya dengan harga RM750,000. Saya rugi kerana modal perniagaan tersebut adalah RM1.5juta.

“Berbekal duit tersebut saya guna mengembangkan perniagaan. Kami bangun semula dan menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.
Buka kilang sendiri

Syed Mohamamed Izhaar berkata, beliau bermula dengan menyewa sebuah kedai sahaja dan berkembang kepada lima kedai di Bandar Country Home. Beliau mempunyai 150 pekerja melibatkan tukang jahit, tukang potong, tukang bungkus dan penyelia.

“Pada 2012, penyewa menaikkan harga sewa kepada RM17,500 untuk lima buah rumah kedai berbanding tahun- tahun sebelumnya, saya hanya membayar RM800 sejak 2010.

"Saya ambil keputusan beli kilang pada April 2013 tetapi saya tidak mempunyai modal," ujarnya.

Katanya, SME Bank membiayai pinjaman sebanyak RM4.7 juta pada September 2013.

“Dengan kilang sendiri, ia mudahkan kami terima tempahan lebih banyak. Kami masih terima tempahan baju kurung dan baju Melayu untuk Jakel. Saya juga masih terima tempahan tudung Hajra dan Ariani,” katanya.
Bakal jadi pengeluar pakaian sekolah

Pada 2012, Syed Mohammed Izhaar melihat perniagaan pakaian diusahakan selama ini perlu transformasi bagi memastikan perniagaannya terus kukuh.

Syeh Mohammed Izahaar berkata, beliau tidak mahu berniaga mengikut fesyen terkini tetapi fokus kepada keperluan harian memudahkan semua masyarakat sekali gus membantu ekonomi negara.

“Saya dapati pakaian sekolah adalah bidang yang perlu diterokai. Insya-Allah pada 2015, saya akan mengeluarkan pakaian sekolah kerana saya lihat pengeluaran baju sekolah di negara ini tidak mencukupi,” katanya.

Tambahnya, populasi pelajar pada tahun 2013 adalah 5.4 juta pelajar seperti dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Negara.

“Saya lihat kapasiti seorang pelajar akan memakai dua pasang pakaian sekolah lengkap dan menunjukkan keperluan 10 juta pakaian perlu dikeluarkan. Bagi pelajar lelaki pula, sudah pasti baju Melayu lengkap untuk dipakai pada setiap Jumaat,” katanya.

Beliau berkata, negara kita mempunyai pengeluar pakaian sekolah dan dijual di pelbagai pasar raya di seluruh negara. Ada juga ibu bapa lebih selesa menempah.
Bagaimanapun, ia tidak dapat menampung kapasiti keperluan pakaian sekolah yang diperlukan.

“Saya mahu menjadi pengeluar pakaian sekolah bermutu dan berkualiti serta mampu dibeli ibu bapa. Saya berbincang dengan pembekal selama sembilan bulan mengenai jenis kain dan akhirnya kami pilih campuran bahan kapas dari China," ujarnya.
Menerima pelbagai tempahan

“Walaupun saya pemilik kilang tetapi saya akan pastikan saya sendiri turun padang melawat kilang melihat pekerja saya. Bukan saya tidak percaya pekerja saya tetapi saya mahu lihat dan mengenal pasti masalah mereka," katanya yang memastikan setiappekerja mengikut SOP.

“Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya mempunyai 50 pelanggan yang menempah pelbagai jenis keperluan Muslimah, uniform baju korporat dan sebagainya,” katanya.


Bakal tembusi pasaran UK

Syed Mohammed Izahaar berkata, sebuah syarikat membuat baju sekolah dari United Kingdom (UK) berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Balqis.

“Kami masih dalam perbincangan awal. Mereka tidak boleh membuka kilang pakaian sekolah tetapi perlu memenuhi permintaaan pakaian sekolah yang tinggi di sana. Selama ini mereka mengambil tempahan pakaian daripada sebuah kilang di Bangladesh.

“Mereka berminat mendapatkan pembekal pakaian sekolah dari Malaysia dan beberapa negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Tambahnya, Balqis Textiles akan memasuki pasaran United Kingdom pada 2017.
Mahu buka dua gedung kelengkapan sekolah

Balqis Textiles juga akan mempunyai gedung kelengkapan sekolah sendiri pada 2016 yang dijangka dibuka di Alor Setar, Kedah dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Jumlah pelaburan bagi kedua- dua gedung tersebut adalah RM20 juta. Setiap gedung tersebut menjadi pusat sehenti kepada ibu bapa untuk mendapatkan keperluan kelengkapan sekolah seperti pakaian, kasut, alat tulis, beg dan sebagainya.”

“Gedung tersebut akan berperanan sebagai pusat sehenti bagi pakaian sekolah jenama Adam dan Hawa yang juga produk pertama keluaran Balqis Textiles, selain menjual pelbagai kelengkapan persekolahan lain pada harga berpatutan," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka gedung seumpama itu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

“Kami akan memulakan proses pengeluaran pertama pakaian sekolah Adam dan Hawa ini sekitar awal Disember ini dan dijangka dalam tempoh sembilan bulan dapat membekalkannya ke seluruh negara,” katanya.

Balqis Tektiles kini menyediakan perkhidmatan pengilangan dan pembekalan produk-produk berasaskan fabrik, antaranya pakaian korporat, sukan dan tudung untuk wanita dan kanak-kanak.

Kilang di kawasan seluas 25,000 meter persegi di Rawang, Selangor itu mempunyai 120 pekerja dan memiliki 500 mesin jahit dengan kapasiti pengeluaran penuh boleh mencapai dua juta unit setahun.

Pada tahun depan, Syed Mohammed Izhaar berkata, mesin jahit akan ditambah sebanyak 500 unit lagi dengan kapasiti bekerja selama 24 jam sehari bagi memenuhi permintaan bekalan terhadap pakaian sekolah jenama Adam dan Hawa.

Beliau berkata, pihaknya optimis dapat menguasai 30 peratus pasaran pakaian sekolah di negara ini walaupun menyedari persaingan daripada jenama-jenama lain.

“Kita juga akan terlibat dalam perniagaan francais. Perniagaan francais akan dibuat pada 2016, perancangan setiap negeri akan buat gedung.

" Francais milik Balqis Textiles sendiri akan dibuka di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. Saya akan mencari usahawan Melayu yang mahu mencabar diri untuk bersama-sama terlibat dalam perniagaan ini,” katanya.

“Kami yakin dengan kualiti, mutu jahitan dan kualiti fabrik yang digunakan bagi setiap produk yang dihasilkan di kilang ini mampu memenuhi sasaran jualan sebanyak RM50 juta pada 2015,” katanya.

Tambahnya, Balqis Textiles turut tidak ketinggalan mengintai pasaran luar di Indonesia dan Brunei pada masa akan datang.
Doa ibu apa adalah segala- galanya

Syed Mohammed Izhaar berkata, beliau percaya doa ibu bapa adalah segala- galanya. Nasihat kedua ibu bapanya masih diingati sehingga ke hari ini.

“Saya yakin doa mereka menyebabkan saya berada dalam bidang ini.

"Bapa saya sentiasa berpesan jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa dan bimbing keluarga ke arah kebaikan,” katanya.

Beliau berkata, untuk menjadi usahawan berjaya, kita perlu menghadapi pelbagai ujian dan jangan berputus asa.

“Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, sabar dan yakinlah bahawa siapa yang berusaha pasti akan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu tambahnya, beliau merancangterlibat dalam perniagaan hartanah, lima tahun akan datang.
 
Back
Top
Log in Register