BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Baliklah nak'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: “Biarpun kerap berulang ke kediaman saudaranya, Anis tak pernah tidak pulang ke rumah,” kata Rahimah Ahmad, 40, ibu angkat kepada Anis Farahin Maskam Bohorom, 14, yang hilang secara misteri sejak Rabu lalu.
Berikutan itu, Rahimah bingung kerana tidak menyangka anak angkat kesayangannya itu boleh hilang begitu saja tanpa sebarang khabar berita.


“Pada hari kejadian, Anis pulang dari sekolah seperti biasa sebelum mandi dan meminta izin untuk ke rumah saudara kami yang terletak beberapa meter dari kediaman ibu saya.


“Biarpun hairan kerana Anis tergesa-gesa keluar, saya tidak syak apa-apa,” katanya.


Rasa kesal bagaimanapun membelenggu Rahimah sekeluarga apabila anak yang disangka akan pulang seperti biasa terus hilang tanpa jejak.


“Melihat jam sudah 10.30 malam, saya mula bimbang dan meminta suami menghubungi telefon bimbit Anis. Ketika itu, kedengaran suaranya seperti sedang menaiki motosikal.


“Suami pula menyuruh supaya dia segera pulang segera, namun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya Anis bertindak mematikan telefon bimbitnya,” katanya.


Menurut Rahimah, dia tambah terkejut sebaik dimaklumkan saudaranya Anis tidak muncul di rumah mereka pada hari kejadian.


“Sudah dua hari saya tidak tidur kerana terlalu bimbangkan keselamatan Anis. Dia bukan anak yang liar sebaliknya lebih suka duduk di rumah dan berkurung dalam biliknya sendiri.


“Puas saya hubungi rakan Anis termasuk teman lelakinya, namun mereka juga tidak mengetahui di mana anak kami berada,” katanya.


Lebih membingungkan, Rahimah sendiri masih tercari-cari punca sebenar mengapa anaknya menghilang sedangkan mereka tidak pernah berselisih faham.

Gadis itu juga dikatakan tidak pernah gagal menjawab telefon atau sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya biarpun dalam keadaan merajuk atau marah.


“Walaupun dia anak angkat, namun saya membesarkan Anis dengan penuh kasih sayang. Semua permintaannya juga dipenuhi.


“Saya juga jarang marah padanya biarpun sedar Anis selalu mengelak untuk berbual panjang bersama,” katanya yang tidak henti mengalirkan air mata.


Rahimah berkata, dia bagaikan sudah kehabisan ikhtiar untuk mencari Anis kerana terlalu bimbang dengan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh menimpa anak perempuannya itu.

“Jika benar Anis sengaja menghilangkan diri, mama rayu Anis kembali ke pangkuan kami. Mama bimbang jika ada pihak yang tergamak menganiaya kamu sayang.


“Apapun, gerak hati mama kuat mengatakan kamu tidak merajuk sebaliknya sedang melalui kesusahan di luar sana,” katanya sebak.


Justeru, Rahimah merayu orang ramai yang melihat atau mengetahui di mana Anis supaya menghubungi talian 012-7851809 atau suaminya, Maskam Sarmin di talian 012-4136121.
 
orang dah sayang.

kau buat mcm itu.

nanti org ungkit apa asal-usul mu.

baru kau tahu.
 
budak2 zaman sekarang ni jarang guna akal fikiran..diaorang hanya pentingkan keseronokan yang fana sahaja..
 
Back
Top
Log in Register