Kita dah masuk ke fasa ke-2 ramadhan iaitu fasa keampunan. Disurau tadi Ustaz yang menyampaikan tazkirah ada berikan beberapa tips untuk meraih keampunan dari Allah.
============
Cara Bertaubat
============
Untuk bertaubat kita perlu lakukan 3 perkara:
1. Berhenti serta-merta dari segala perbuatan dosa yang kita lakukan.
2. Memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-dosa yang kita lakukan.
3. Berazam dengan sesungguh-sungguhnya untuk tidak mengulangi semula dosa yang kita lakukan.
==================
Perbuatan yang menggugurkan dosa
==================
1. Bersedekah
2. Berwudu'
3. Perbuatan baik dan amalan soleh
4. Beristighfar dan berselawat
5. Sabar atas dugaan hidup
==============
Tarikh luput taubat
==============
Jangan tak tahu taubat juga punya tarikh luput dimana apabila sampai tarikh luputnya Allah sudah tidak menerima taubat kita:
1. Ketika menghadap sakaratul maut
2. Apabila matahari terbit dari barat (kiamat).
Sekadar berkongsi ilmu. Maaf jika ada salah silap. Semoga kita semua beroleh manfaat.