balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Johor Bahru: Dendam kesumat dipercayai punca sekumpulan lelaki bertindak ganas menendang dan membakar sebuah motosikal dalam kejadian di depan sebuah pusat snuker di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini, 22 Mac lalu.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tindakan kumpulan remaja berkenaan berjaya dirakam litar kamera tertutup (CCTV) menyebabkan polis kini memburu mereka. Difahamkan, rakaman itu kini turut dimuat naik ke laman YouTube dalam dua siri klip video dengan tempoh 3 minit 36 saat dan 50 saat. Berdasarkan rakaman selama 3 minit 36 saat itu, pemilik motosikal berkenaan baru tiba di lokasi dan meninggalkan motosikalnya lalu berjalan masuk ke premis berkenaan sebelum tiba-tiba sekumpulan 10 hingga 15 individu yang menunggang motosikal muncul di lokasi lalu terus membuat kecoh.
Kumpulan berkenaan dilihat menendang motosikal mangsa sebelum seorang daripada mereka membakar motosikal itu menggunakan pemetik api lalu beredar.
Selepas melihat keadaan selamat, pemilik motosikal itu cuba memadamkan kebakaran, namun terhalang apabila kumpulan lelaki yang disangkakan sudah beredar tiba-tiba muncul semula.
Kali ini, kumpulan itu yang masih tidak berpuas hati dilihat sekali lagi membakar motosikal mangsa. Dalam klip video kedua selama 50 saat itu, kumpulan yang bersenjatakan kayu dan topi keledar itu dilihat menendang pintu kaca premis berkenaan serta sebuah motosikal diletakkan di tepi pusat snuker itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis kini memburu kumpulan lelaki berkenaan dipercayai berusia lingkungan 20-an.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2013040108160820130401081608/Article