BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar hidup-hidup pelajar perempuan, bekas pengetua kekal dihukum mati

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Bakar hidup-hidup pelajar perempuan, bekas pengetua kekal dihukum mati​

3625925.webp

Penunjuk perasaan menuntut keadilan untuk Nusrat di Dhaka, Bangladesh pada 19 April 2019. Foto fail AP

DHAKA - Mahkamah rayuan Bangladesh pada Isnin mengekalkan hukuman mati terhadap bekas pengetua sebuah sekolah yang didapati bersalah membakar hidup-hidup seorang pelajar remaja selepas mangsa membuat aduan berhubung gangguan seksual.

Mangsa, Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia pada 10 April 2019 iaitu selepas empat hari dibakar dengan minyak tanah dalam kejadian di sebuah sekolah luar bandar di Feni, Bangladesh.

Nusrat mengalami kira-kira 80 peratus kelecuran selepas disimbah minyak tanah dan dibakar pada 6 April 2019.

Serangan itu berlaku selepas beliau membuat aduan terhadap pengetua sekolah berkenaan, SM Siraj-Ud-Dowlah atas dakwaan gangguan seksual.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lagi tertuduh yang didapati terbabit dalam pembunuhan itu.

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan 10 daripada 16 tertuduh dan menukar hukuman mati terhadap empat yang lain kepada hukuman penjara seumur hidup.

Pada 2019, sebuah mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua 16 tertuduh.

Mahkamah Tinggi kemudian mengkritik keputusan berkenaan kerana menjatuhkan hukuman mati secara menyeluruh tanpa menilai peranan setiap tertuduh secara sewajarnya.

Kes Nusrat mencetuskan kemarahan besar di Bangladesh selepas kematiannya dengan demonstrasi di Dhaka menuntut hukuman berat terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pendakwa raya Md Ruhul Quddus Kazal berkata, Nusrat telah diikat tangan dan kaki sebelum disimbah minyak tanah bagi memastikan dia dibunuh.-Agensi

 
Back
Top
Log in Register