BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar bilik selepas geledah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



SEREMBAN – Sekumpulan penjenayah sanggup membakar sebuah bilik di rumah mangsa dalam cubaan samun bagi menghapuskan bukti di Taman Sentosa, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai memecah masuk rumah berkenaan dengan memotong kunci mangga jeriji pintu hadapan kediaman itu.

Jurucakap polis berkata, penjenayah menyelerakkan pelbagai barangan rumah sebelum membakar sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Mereka tidak mengambil sebarang barangan milik penghuni rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati, selepas suspek menggeledah rumah, mereka membakar sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum meninggalkannya,” katanya.

Menurutnya, jiran sebelah yang terhidu asap terkejut melihat sebuah bilik terbakar dan segera menghubungi bomba.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan penghuninya bercuti ke Melaka ketika kejadian berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Kita masih menunggu laporan daripada pihak forensik dan bomba mengenai nilai kerugian serta punca sebenar kebakaran," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api.
 
ape nk jadi la diorg ni..

keje malas. nk merompak je kejenye.. sampai bile?
 
konon nk hilang kn bukti la nie....adoi...teruk btol...
 
dalam gambar tidak menunjukkan kesan kebakaran..hehe
 
sian bilik tu kena bakor...
 
kurang ajar punyer penyamun tarbus..
 
pemilik bilik tu musti sedih
 
Back
Top
Log in Register