demuara
Fun Poster
- Messages
- 356
- Joined
- May 31, 2009
- Messages
- 356
- Reaction score
- 35
- Points
- 20
BAJET SANG KAPITALIS
Pada 23hb Oktober lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan bajet 2010 di Parlimen.
Seperti biasa setiap kali pembentangan bajet, pastinya ada sebahagian yang menyambut baik, sebahagian yang kecewa dan sebahagian lagi yang malas berkata apa-apa.
Seperti biasa juga, bagi sesetengah pihak, tidak ada yang istimewanya dengan bajet pada kali ini kerana ia hanyalah merupakan perubahan angka-angka dari bajet-bajet sebelumnya.
Namun, bagi Najib sendiri, ia merupakan satu bajet dan satu detik yang penuh makna kerana pertama kali membentangkannya sebagai Perdana Menteri.
Bagi para pengampu pula, pembentangan bajet kali ini yang bertemakan “1Malaysia, Kemakmuran Bersama” dianggap tepat kerana ia dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat menghadapi tekanan akibat kejatuhan ekonomi dunia ketika ini.
Telah menjadi lumrah bagi setiap Perdana Menteri Malaysia untuk meletakkan ‘tema’ di dalam pembentangan bajet mereka, dan tema yang dipilih tentunya tema yang dapat memikat hati rakyat.
Ini penting kerana ‘isi’ bajet telah pun memihak kepada pemerintah, justeru ‘tema’nya hendaklah memihak kepada rakyat.
Rakyat mesti terus digula-gulakan dan hasil negara hendaklah diberi sedikit kepada rakyat agar rakyat bisa ditutup mulutnya. Manakala hasil selebihnya dikaut kroni-kroni Kapitalis.
Untuk tahun 2009, hasil kerajaan persekutuan dianggarkan berjumlah sebanyak RM162,100 juta dan 63.1% daripadanya adalah melalui kutipan cukai, yang merupakan jumlah yang tertinggi [UM 25/10/09].
Dari manakah datangnya jumlah cukai yang ratusan juta jumlahnya ini jika bukan dari duit kita semua yang dihisap darah dan keringatnya oleh pemerintah?