BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bajet anwar yang menipu.

direct je aku ckp sini
sapa2 yg jd pencacai baik umno ke, pakatan ke..
baik la korang muhasabah diri
sian aku tgk, masing2 saling memburukkn masing2
apala nk jadi korang ni

dio ado bezo jang,pencacai ameno ado upah,pakatan ampeh mano ado duit cam ameno caroi tu:eek:
 
ini mesti berita fitnah..tak baik tau..pakatan itu SUCI DAN SENTIASA ADIL..

suci dan adil la sikit berbanding dengan ameno prono,tu 28jam sehari duk menipu rakyat tu pon tak perasan apo ko bongap ni,bayor cukai tiap2 hari tapi tatau nak kira apa barang la der:eek::eek:
 
suci dan adil la sikit berbanding dengan ameno prono,tu 28jam sehari duk menipu rakyat tu pon tak perasan apo ko bongap ni,bayor cukai tiap2 hari tapi tatau nak kira apa barang la der:eek::eek:

setepet sound cacai dumno....ai like yu...:D
 
tempat yg depa niaga tu mmg majlis yg suruh (mcm aku ckp tempat x berapa ada org pun) konon2 kumpulkan peniaga2 di tepi2 jalan. Masa nak pi bayar kompaun dah terang2 pihak majlis ckp bukan sape2 komplen (camane nak komplen kalo dah tmpt tu mmg majlis yg tempatkan) tapi sbb pej=njaja2 tinggalkan brg2...persoalan aku ialah kenapa PENJAJA MELAYU je yg kena bersusah payah bukak tutup kanopy, angkat brg2 bwk balik rumah sedangkan PENJAJA CHA YA NUN ALIP blh plak meniaga tepi2 jln n siap pasang atap zink lagi, ada radio, ada kipas angin, lepas niaga senang hati tak yah kemas2 brg angkut bawak balik...tu yg depa tak puas ati,sedangkan depa separuh mati berkemas lepas niaga, terbongkok2 tutup kanopi, susahnya mencari rezeki, bila pi majlis bangkitkan hal ni jawapan depa, "ah!!! cya ya nun alip tu cite lain" siap kena tempik lagi makcik tu...aku nak gak tau cite lain tu cite apa? Bukan undang2 sama je ke tanpa mengira kaum. Kenapa mesti ada double standard? Sebelum ni 5 tahun BN pegang kawasan tu penjaja2 ni aman damai jek meniaga, blh plak pihak majlis pejam mata (kira budi bicara lah, setakat jual goreng pisang, jual burger takkan sampai nak kena sewa kedai dan tentulah tepi2 jalan jek spy senang org nak berhenti, sama mcm cya ya nun alip jual pau tepi jln...). Ttg hartanah tu projek PKNS pun dikawal oleh kerajaan pusat ke? Sila buka laman web PKNS dan tgk projek hartanah under kerajaan selangor dan tgk jugak harga2nya. Adakah sama dgn bajet yg depa kemukakan sebelum menang PRU12 dulu?


bro..tengok kerajaan negeri buat ape kat rumah terbengkalai...sikit2 sudah naik kan??pasal projek high profit..takkan tanah mahal2 nak buat rumah pangsapuri kot..bukan niat menghina tapi setimpal la dengan nilai tanah tu...kalau tak melalui PKNS..projek swasta pon ade kan..stendet la harge rumah rm120k keatas...kat melake pon rege tu..tak tau la negeri lain2...

nak niaga kenelah buat cara nak niaga..kalau nak menjaja makanan tepi jalan..mintak lesen menjaja sementara...amek gambar lokasi..nak lagi cun..kumpulkan peniaga dalam 10org..buat proposal..naik atas n minta sokongan adun tempat itu..insyaallah akan dipertimbangkan...aku dah pernah buat bende ni..dapat pon..tapi aku pulangkan balik lesen tu sebab aku bz ngan bende lain...kat selangor ni aku rase lagi baik dari kerajaan sebelum ni la..
 
lagi 1...MB selangor tak suke orang yang menggunakan politik untuk mendapatkan sesuatu..tu pantang diye...

diye lagi suke kalau bende yg ko nak mintak tu betul2 berkelayakan..
 
baru aku tau selangor bagi air free pasal dacing suruh kasi...weiiiii..
kami kat johor nie pon nak gak air free mcm selangor..:))
nak air free undilah PR.. xpecaya tanyalah org selangor:D

kami kat N9 pon nak air free gak ni... mcm nk kne undi PR kot baru dpt..:-?
 
Last edited:
Anwar+Ibrahim.jpghttp:

Anwar+Ibrahim.jpg
[/IMG]
1. Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 untuk Persekutuan berjumlah RM 220 bilion dengan pelbagai janji yang memang sangat menarik. Tidak ada sesiapa yang waras mahu menolak terus bajet Pakatan ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sebahagian kita.


2. Antara yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012 Pakatan ialah:


a. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas.
b. bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
c. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja;
d. RM500 sebulan bagi setiap orang guru




3. Sungguhpun tawaran bajet ini tampak sangat menarik, namun ia hanya merupakan tawaran oleh mereka yang tidak berkuasa. Justeru ia boleh menawarkan apa sahaja dan tidak perlu bertanggung jawab terhadap tawaran yang dibuat.



4. Memang benar akan ada yang menyokong dan berkata kita berilah mereka kuasa tengok sama ada boleh laksanakan atau tidak.



5. Sebenarnya kita tidak perlu pun memberi peluang mereka berkuasa untuk melihat sama ada mereka mampu melaksanakan atau tidak bajet tersebut.



6. Janji-janji yang ditawarkan ini hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihan raya 2008 lalu dan masih belum ditunaikan. Antaranya ialah,


a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal




7. Yang ditunaikan setakat ini hanyalah air percuma 20 meter padu pertama. Itupun setelah didesak oleh Barisan Nasional Selangor agar kerajaan negeri menunaikan janji tersebut. Sehingga hari ini, janji tinggal janji sahaja walaupun lombong pasir kian berleluasa dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.



8. Manakala bantuan kematian yang dulunya diberikan sebanyak RM 2, 000 bagi menguruskan jenazah oleh kerajaan Selangor semasa Barisan Nasional telah diubah menjadi caca-merba. Sungguhpun dinaikkan kepada RM 2, 5000 tetapi ia perlu mengisi borang lebih awal. Khabarnya, jika meninggal tetapi nama tiada dalam senarai yang mengisi borang maka tiada bantuan. Bantuan pula diberi dalam dua peringkat iaitu RM 1, 500 ketika menginggal dan RM 1, 000 selepas enam bulan.



9. Sehingga kini juga janji paling mudah iaitu untuk menurunkan cukai pintu belum dilaksanakan. Malahan khabarnya kerajaan negeri telah menjalankan perancangan bijak untuk menaikkan cukai pintu melalui kaedah menaikkan nilai hartanah di seluruh negeri Selangor.



10. Jika dilihat secara teliti, tidak banyak perbezaan antara janji Pakatan di Selangor pada 2008 dengan Bajet Pakatan 2012 ini. Justeru sukar untuk orang ramai, kecuali yang taksub atau membenci BN, akan percaya dengan bajet Pakatan ini. Jika di Selangor pun banyak dimungkiri selepas memegang kuasa, apatah lagi jika menang Persekutuan.



11. Hakikatnya bukan soal memberi peluang kepada Pakatan, tapi rekod jelas menunjukkan Pakatan selalu memberi janji yang tidak dapat ditunaikan. Jika mahu mencuba atau memberi peluang pun biarlah dengan perkiraan yang betul, bukan sekadar menilai apa yang dijanjikan semata. Berjanji memang mudah tapi menunaikankannya selalunya tidak seindah janji.



12. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuktikan dulu keupayaan menggembleng ekonomi dan pentadbiran Selangor sebelum bercakap soal Persekutuan.



13. Selangor merupakan antara negeri terkaya di Malaysia dan hanya mempunyai penduduk seramai 5 juta berbanding Malaysia mempunyai 28 juta rakyat. Malangnya, hampir setiap tahun selepas memegang jawatan kerajaan negari akan beberapa kali memohon bajet tambahan yang mencerminkan perancangan kurang cekap.



14. Jika untuk membuat bajet bagi 5 juta rakyat Selangor dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pun kelihatan "terhoyong-hayang", apatah lagi untuk melaksanakan Bajet Persekutuan yang membabitkan 28 juta rakyat, 222 kawasan Parlimen dan 14 buah negeri.



15. Baru-baru ini, bagi menunjukkan kecekapan, kerajaan Selangor mengumumkan peningkatan simpanan tunai. Kalau wang tidak dibelanjakan untuk pembangunan dan perkhidmatan memanglah berbilion kerajaan boleh simpan. Namun apa terjadi kepada pengurusan prasarana di bawah negeri seperti pengurusan sampah dan jalan-jalan PBT? Sangat menyedihkan. Hampir tiada lagi jalan PBT yang tidak berlubang. Sampah di banyak kawasan juga kelihatan berlonggokkan tanpa tindakan.



16. Tender-tender kerja PBT yang sebelum ini dikatakan terbuka dan telus juga hanya sekadar omongan kosong dan retorik ucapan sahaja.



17. Hakikatnya, sebelum Anwar menyalahkan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan, Allah telah memberi beliau lima negeri untuk dibangunkan. Sehingga kini tidak nampak pun aura dan kehebatan pemimpin numero uno Pakatan Rakyat ini membangunkan kelima-lima negari ini

nak tanya org selangor ni, betul ke janji PR mcm ni?? betul ke xtunaikan lg.. atau semua ni fitnah org BN?:-?:-?
 
Last edited:
hujah2 matrocko dan umno sama aje ***** dan b0dodo nya... :))

woi... Malaysia PENGELUAR MINYAK dunia...

apsal harga petrol MAHAL?...

woi... Malaysia keluarkan sendiri kereta?...

Pasal apa harga kereta Malaysia MAHAL?...

ekonomi umno kepala ***** ko... bagus mcm taik... tak habis2 nak b0d0kan rakyat...

aku jumpa tt aku mesti sekeh kepala dia... sengal... :))

tak payah nak busukkan PR... betulkan dulu laa pengurusan ekonomi negara... nie tak habis2 bising subsidi usik subsidi... ko tau brape bilion cukai kerajaan kutip setahun?... mana pegi semua duit tu???...
 
Back
Top
Log in Register