Pada 20 Disember 2016, PTPTN telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dengan FELCRA Berhad untuk persefahaman di bawah:-
i. FELCRA Berhad akan menampung sejumlah 20% bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN bagi peminjam yang telah berjaya menamatkan pengajian.
ii. Terbuka kepada semua anak Peserta / Kakitangan FELCRA Berhad yang diluluskan Pinjaman PTPTN mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2022.
iii. Menamatkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS bagi bidang Perladangan & Pertanian, Sains Pemakanan, Hospitaliti, Pengurusan Perniagaan & Kewangan serta Kejuruteraan
Untuk maklumat tambahan, pertanyaan dan permohonan boleh rujuk pihak FELCRA Berhad.
Sekian, terima kasih.