Musafir Bumi
Super Active Member
- Messages
- 6,474
- Joined
- Oct 27, 2010
- Messages
- 6,474
- Reaction score
- 34
- Points
- 75
Pengenalan kepada Indigenous Micro Organism (IMO)
IMO ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di suatu tempat. Ianya hidup harmoni di dalam tanah. Proses aktiviti mikroorganisma di dalam tanah secara tidak langsung membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain di sekitarnya. IMO tempatan boleh dikumpul dan dibiak dan berguna untuk memperbaiki dan memelihara tanah. Mikrorganisma ini boleh dibiak melalui beberapa kaedah.
FAEDAH PENGGUNAAN BAJA ORGANIK I’M BIO BOOSTER
· Penggunaan baja organik I’M BIO BOOSTER dapat menyuburkan tanah secara semulajadi melalui peranan seimbang dan berbagai mikroorganisma yang berfaedah membentuk komuniti microflora yang cergas dan sihat.
· Membekal SEMUA nutrien makro dan mikro yang berperanan sebagai bahan bioaktif (hormon dan antibiotik) kepada tanaman secara semulajadi dan berterusan. Ia akan menyebabkan tanaman menjadi subur dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
· Mengurangkan keperluan penggunaan baja kimia dan racun serangga yang merosakkan ekosistem tanah dan boleh menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar dan kesan negative kepada kesihatan manusia dan haiwan.
KEKURANGAN DALAM BAJA KIMIA
1) Ketidakseimbangan nutrien. Ini menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat melawan serangan virus atau serangga.
2) Jumlah baja kimia yang besar diperlukan untuk meliputi kawasan yang luas. Oleh itu, tidak ada jaminan bahawa pokok-pokok akan menyerap baja yang cukup untuk memastikan pertumbuhannya. Ini menyebabkan proses pembajaan menjadi sia-sia kerana baja tidak dapat diserap oleh tanaman.
3) Tempoh yang panjang penggunaan baja kimia akan mengganggu kualiti dan keadaan tanah. Ia akan menjadikan tanah keras dan berasid. Ini akan menjejaskan kadar penyerapan baja pada tanaman, yang boleh menjejaskan kualiti tanaman.
KEKURANGAN DALAM BAJA ORGANIK BIASA
1) Kesan pada tanaman adalah terlalu lambat, tidak ekonomi dan melibatkan kos yang tinggi. Ini akan menyebabkan pertambahan kos kepada peladang dan mendatangkan kerugian.
2) Pengguna terpaksa menggunakan kadar baja yang banyak dan berulang-ulang. Kos pembajaan akan menjadi tinggi tanpa jaminan kualiti.
3) Pada kebanyakannya, baja organik biasa tidak dapat digunakan bersama racun serangga kerana mendatangkan kesan kepada effective microorganism (EM) yang mempunyai kadar hidup yang rendah. Ini menyebabkan pertambahan kos perladangan kerana proses pembajaan dan racun serangga dilakukan berasingan.
KELEBIHAN BAJA ORGANIK I’M BIO BOOSTER
I’M BIO BOOSTER sejenis BAJA ORGANIK yang mempunyai fungsi BIO AKTIF di mana terdapat fungsi bakteria yang aktif sesuai untuk sistem pemakanan tanaman yang lengkap dan seimbang. Ia sesuai untuk semua jenis tanaman seperti KELAPA SAWIT, GETAH, PADI, BUAH-BUAHAN, SAYURAN dan lain-lain tanaman. I’m Bio Booster adalah mesra alam dan mesra pengguna. Oleh yang demikian ia menyuburkan tanah dan tanaman secara semulajadi serta selamat digunakan. Dihasilkan dari teknologi “Indigenous Microorganisms” (IM) yang mengandungi :
Bakteria fotosintetik yang bertanggungjawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh tumbuhan.
Actinomycetes wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan bahan antikuman.
Yis/Ragi membentuk antibiotik, hormon dan enzim untuk tanaman.
Bakteria asid laktik berfungsi untuk mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik serta menekan pertumbuhan patogen dan mengurangkan populasinya. Kulat penapaian mengurai bahan-bahan organik.
Menggalak pengaruh baik setiap mikroorganisma sehingga berlipat ganda secara sinergik. Selain itu, menggalak pembiakan makhluk berfaedah setempat yang tersedia ada di dalam tanah, seperti arthropod, protozoa dan lain-lain. Ia juga mengandungi zat-zat nutrient makro dan mikro yang di tambah oleh makhluk-makhluk seperti arthropod, protozoa dan lain-lain selagi dibekalkan bacteria untuk makanan. Juga mengandungi kadar IM yang amat tinggi membantu meningkat komposisi humus.
I’M BIO BOOSTER juga dihasilkan dari percampuran bahan organik khas yang diformulasikan untuk kawalan serangga dan serangan virus pada tanaman.