apa mcm rupa bentuk baja nie yer?
sesuai tuk tanaman apa?
camne sukatan?
kaedah membaja?
khidmat penghantaran mcm mana?
bro..mintak maaf ler.. kihdmat penghantaran amik sendri..
1. Baja dari abu tandan di buat dengan cara membakar secara terbuka atau kiln macam buat arang, baja dari bahan bakaran bioplant juga dikenali sebagai biochar fertilize,
selain tandan sawit,
sekam padi,
jerami,
kayu atau habuk gergaji,
najis haiwan dan sebarang bioproduct boleh dijadikan Biochar.
Biochar mengandungi potash atau potassium carbonate, phosphate, iron, manganese, boron, dan juga zink. abu dari pembakaran bahan tadi menandungi 90% water soluble garam mineral dan mudah di serap pokok.
ada juga pengusaha yang gunakan utk proses kurangkan asid .. pasai masa berkebun tuh depa pakai baja beracid untuk proces pencepatan..
2.Abu tandan merupakan bahan alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan baja kimia.
Ia digunakan di kawasan yang mempunyai kemasaman (keasidan) tanah yang tinggi.
Abu tandan bersifat alkali yang tinggi iaitu pada paras pH12 dan amat sesuai digunakan di kawasan tanah gambut, asid sulfat dan berpaya.
Di Bera sebanyak 30% daripada kawasannya merupakan kawasan rendah dan air mudah bertakung. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘pengikatan nitrogen’ (nitrogen fixation) dan mengakibatkan kemasaman tanah meningkat.Bagi mengurangkan kemasaman tanah, abu tandan ditabur bagi menggantikan baja kimia Muriate of Potash (MOP).
Sebelum abu tandan ditabur, parit perlu digali di kawasan yang bermasalah. Teknik pembajaan yang dilakukan adalah secara tabur terus (manual) atau menggunakan jentera penyembur (spreader).
Pembajaan dengan jentera adalah lebih cepat tetapi terhad kepada kawasan antara lorong tanaman manakala pembajaan secara manual mengambil masa yang lama.
Pembajaan akan lebih berkesan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah kerana ia lebih menyeluruh dan dapat dilakukan dalam tempoh yang berpatutan.Semasa membaja menggunakan abu tandan.
Safety and pre-coution
langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan supaya abu tandan tidak terkena pada permukaan kulit dan mengelakkan gangguan pernafasan.
Penggunaan abu tandan memberi beberapa kebaikan - Keasidan tanah boleh dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah dan mengurangkan unsur nitrogen daripada tanah berasid.
Abu tandan sesuai digunakan bagi menggantikan baja kimia dengan kandungan nutrien yang sama kerana nutrien dari sumber organik adalah lebih baik untuk pertumbuhan pokok.
Penggunaan abu tandan dapat menjimatkan kos baja sehingga 70% dan ia juga merupakan salah satu amalan pertanian yang baik (GAP).Selaras dengan Dasar Amalan Pertanian yang baik serta mesra alam, amalan pembajaan menggunakan baja organik seperti abu tandan adalah digalakkan kerana dapat mengembalikan nutrien kepada tanah dan mengawal keseimbangan ekologi alam sekitar.
nak buat tanam dokong pun boleh.. cili api pun boleh...
Gambar dan exact prduct lain .. klao percaya pada gambar nanti saya googlekan dan paste kan.. .. anda di alu alukan untuk melawat mill.. Sebagai mana yang di beritahu ia nya masih lagi dalam arang.. dan tidak hancur.. masih dalam arag lagi.. and white color..
yang kalor hitam pun ada..
kalo genuine nak beli sila lah emailkan detail. dan dtg melawat mill Kalo tak puas hati..
harga tak jamin sampai biler.. pasal demand semakin tinggi and supply tak cukup..
kemampuan mill cuma untuk 40 tan sehari.. mill kecik jer..
Sekian terima kasih..
P/s- jangan lupa minggu hadapan kita ada test mingguan dalam subject baja abu tandan.. sila print lotehan ini dan sebarkan kepada yang lain..
~X(~X(~X

(scam


~X(~X(~X

)cgrock


