BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya Teh 'O' Ais

Syedz

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,141
Joined
Dec 23, 2008
Messages
22,141
Reaction score
124
Points
128
teh%2Bo%2Bais%2Bsedap.jpg

Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan. Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

sumber : astroawani.com
 
teh o byk asid ke?
 
50 miligram oksalat sehari tu bersamaan dgn brp gelas teh o ais? Aku mmg fav teh o ais plak tu, adeh..
 
oksalat ni ape kebenda...bahase lg mudah tadak ke...hihi palat aku paham la
 
4 liter dia minum teh o ais hari2....
 
Back
Top
Log in Register